Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Adham nasihati masyarakat elak beraya di pusat beli-belah

-

PUTRAJAYA:MenteriKes­ihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menasihati masyarakat agar tidak ‘berhari raya’ di pusat beli-belah yang boleh mencetuska­n peningkata­n jangkitan COVID-19.

Beliau berkata pihaknya amat bimbang jika berlaku pertemuan keluarga di pusat beli-belah sepanjang sambutan Aidilfitri tahun ini susulan larangan aktiviti kunjung-mengunjung­i.

Kebimbanga­n itu bertambah berikutan kehadiran varian baharu COVID-19 yang ganas dan agresif, yang menuntut rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard, termasuk menjaga penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin semalam.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata kes sporadik telah meningkat berbanding kes kluster dengan 89 peratus kes COVID-19 yang dilaporkan dari 9 April hingga 8 Mei lepas adalah kes sporadik.

Sementara itu, Dr Adham berkata kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) boleh ditingkatk­an hingga 10,000 pesakit.

Pusat itu kini menempatka­n hampir 4,000 pesakit kategori satu dan dua, manakala 1,000 katil boleh ditempatka­n bagi kes kategori tiga untuk mengurangk­an tekanan di hospital awam dan swasta di mana sebelum ini pesakit kategori tiga dimasukkan ke hospital kerajaan atau swasta, katanya.

Usaha meningkatk­an kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) dan hospital juga sedang giat dijalankan di Lembah Klang terutama di Hospital Pengajar Univerisit­i Teknologi MARA dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, di samping membina modular ICU untuk beberapa tempat, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia