Utusan Borneo (Sarawak)

PKRC di Kelantan akan ditambah jika kes harian lebih 500 sehari

-

KOTA BHARU: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri Kelantan akan ditambah sekiranya kes harian melonjak lebih 500 sehari.

Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob berkata sekiranya jumlah bilangan pesakit COVID19 kekal sekitar 300 hingga 400 sehari, 10 PKRC sedia ada buat masa ini adalah mencukupi memandangk­an secara purata setiap hari seramai 100 hingga 150 pesakit yang tamat rawatan dibenarkan pulang.

“Namun, jika kes melonjak kepada 500 hingga 600 sehari atau lebih secara berterusan dalam tempoh seminggu kita akan buka PKRC lain. Malah sehingga kini peratusan PKRC yang sedia ada telah digunakan lebih 80 peratus,” katanya kepada pemberita ketika meninjau pembukaan PKRC Khas Gelanggang Seni, di sini, semalam yang boleh memuatkan 126 pesakit bagi katil biasa dan 30 pesakit untuk katil klinikal.

Beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan perancanga­n dan perbincang­an mengenai tempat-tempat baharu di negeri itu yang berpontens­i untuk dijadikan PKRC.

“Kita sentiasa bersedia sekiranya keadaan memerlukan, kita akan ambil tindakan yang sesuai bagi menyediaka­n PKRC, dan setakat ini kita dalam peringkat perbincang­an untuk menjadikan Padang Perdana sebagai PKRC seterusnya jika keadaan memerlukan,” katanya.

Ditanyamen­genaiPKRC Khas Gelanggang Seni, Dr Mohd Azman berkata 10 doktor akan ditempatka­n di pusat berkenaan untuk memantau keadaan pesakit selain penolong pegawai perubatan dan petugas lain.

“Bagi 30 katil klinikal, kita akan menerima pesakit sama ada dari Hospital

Tumpat atau Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), atau mereka yang dibawa dari rumah yang berada pada kategori tiga.

“Setakat ini 10 pesakit mula memasuki PKRC berkenaan bermula 1 tengah hari tadi (semalam) bagi katil bertingkat, manakala enam pesakit untuk katil klinikal. Kebiasaann­ya apabila kita buka PKRC, ia akan penuh tidak sampai tempoh 24 jam,” katanya.

Sementara itu Dr Mohd Azman berkata sehingga kini 1,300 pesakit COVID19 di Kelantan sedang menjalani Home Isolation Order (HIO).

“Kita dalam usaha untuk mengurangk­an HIO, dan bagi pesakit-pesakit yang berumurkit­atidakgala­kkan HIO, dan akan dibawa ke PKRC ini memandangk­an mereka berkemungk­inan berisiko untuk mendapat komplikasi awal,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia