Utusan Borneo (Sarawak)

Sesi PdPR selama dua minggu seluruh negara bermula

-

KUALA LUMPUR: Seminggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, sesi pembelajar­an murid sekolah diteruskan semalam dengan Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) bagi sekolah kumpulan B.

Sesi pembelajar­an itu bermula semalam sehingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Bagi sekolah kumpulan A, (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) sesi pembelajar­an itu telah bermula kelmarin sehingga 27 Mei.

Beberapa orang ibu bapa memberikan respons positif susulan pengumuman pelaksanaa­n PdPR selama dua minggu ini, dibuat Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang media pada 26 April (hampir dua minggu sebelum cuti raya Aidilfitri).

Pengguna media sosial Azizan Abu Bakar berkata beliau menyokong keputusan Kementeria­n Pendidikan (KPM) bagi pelaksanaa­n PdPR bertujuan mengurangk­an risiko jangkitan COVID19 yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan.

“Win-win situation bagi mengelak kluster Hari Raya menular ke sekolah dan tindakan makluman awal pun sangat tepat supaya pihak sekolah boleh merancang awal bahan PdPR untuk murid sebelum mula bercuti hari raya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Noriah Saleh, 34, ibu kepada tiga anak yang masih bersekolah berkata anaknya kini sudah membiasaka­n diri untuk belajar secara PdPR menggunaka­n modul latihan yang disediakan guru sebelum cuti Aidilfitri bermula.

“Cikgu akan hantar pesananmel­aluiapilka­siWhat- sApp pada ibu bapa untuk ingatkan anak-anak dan memantau mereka buat latihan ikut subjek. Kelas dalam talian pun sudah ada jadual dan lebih teratur,” katanya.

Bapa kepada dua pelajar, Yusri Mohd, 40, berkata sebagai persiapan awal untuk menghadapi peperiksaa­n, beliau mengingatk­an anaknya supaya mengikuti kelas di DidikTV sekiranya tidak dapat mengikuti kelas secara dalam talian.

“Untuk pastikan tidak tertinggal pelajaran saya suruh anak tengok televisyen (DidikTV) untuk belajar sebagai tambahan selain baca nota dan siapkan latihan yang cikgu bagi untuk ulang kaji setiap hari,” katanya.

Sebelum ini, Radzi memaklumka­n selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESI PDPR BERMULA: Murid Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 1, Nur Iman Azzalea Mohd Fairus, 8, (dua kanan) dan adiknya Nur Irdina Amni, 7, (kanan), mengikuti sesi PdPR di rumahnya susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ketika tinjauan di Lake View Apartment di Kuala Lumpur, semalam. Sementara itu abangnya Muhammad Izzat, 16, (dua kiri) dan kakak Nur Iris Arissa, 11, (kiri) mengulang kaji pelajaran menerusi saluran Didik TV. Pelaksanaa­n PdPR dilihat sebagai kaedah terbaik ketika penularan COVID-19 masih belum reda.
— Gambar Bernama SESI PDPR BERMULA: Murid Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 1, Nur Iman Azzalea Mohd Fairus, 8, (dua kanan) dan adiknya Nur Irdina Amni, 7, (kanan), mengikuti sesi PdPR di rumahnya susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ketika tinjauan di Lake View Apartment di Kuala Lumpur, semalam. Sementara itu abangnya Muhammad Izzat, 16, (dua kiri) dan kakak Nur Iris Arissa, 11, (kiri) mengulang kaji pelajaran menerusi saluran Didik TV. Pelaksanaa­n PdPR dilihat sebagai kaedah terbaik ketika penularan COVID-19 masih belum reda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia