Utusan Borneo (Sarawak)

Dua juta belia boleh tuntut kredit eBelia mulai 1 Jun

Kredit tersebut boleh dibelanjak­an sehingga 31 Julai ini

-

Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun

2021.

Kementeria­n Kewangan

PUTRAJAYA: Kira-kira dua juta belia warganegar­a Malaysia yang layak dipelawa menuntut kredit e-tunai RM150 di bawah program eBelia bermula 1 Jun hingga 22 Julai ini, demikian menurut Kementeria­n Kewangan.

Kredit tersebut boleh dibelanjak­an sehingga 31 Julai ini.

“Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.

“Data belia akan disemak silang dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan,” menurut Kementeria­n Kewangan dalam kenyataan semalam.

Tuntutan eBelia boleh dibuat melalui empat saluran penyedia perkhidmat­an e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go e-wallet.

”Setiap tuntutan kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmat­an etunai akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk ‘cashback’, baucar dan mata terkumpul oleh penyedia perkhidmat­an etunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen,” jelasnya.

Menurut Kementeria­n Kewangan, golongan belia yang layak adalah mereka yang berusia antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata program eBelia dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat danEkonomi(PEMERKASA) diwujudkan bagi meringanka­n beban kewangan serta menggalakk­an transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia IPT. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia