Utusan Borneo (Sarawak)

Suami Exco pembanguna­n wanita Perak meninggal dunia

-

IPOH: Suami Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak yang juga Ketua Wanita UMNO negeri Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, meninggal dunia di kediaman mereka di Sunway City Ipoh, Tambun di sini awal pagi semalam.

Pegawai Khas beliau Nur s y idahJ a e s z a n berkata E di R a z m a n Mohd Ismail, 53, tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika berada di samping Wan Norashikin dan dua daripada tiga anak mereka sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan pada kira-kira 6.50 pagi.

“Arwah mempunyai sejarah sakit jantung namun punca kematianny­a belum dikenal pasti. Jenazahnya telah dibawa ke bahagian forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk ujian COVID-19,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata jenazah akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Tambun selepas segala urusan berkaitan selesai.

Sementara itu, Wan Norashikin ketika ditemui di kediamanny­a, memberitah­u arwah suaminya dijadualka­n menghadiri temu janji dengan pakar kardiologi semalam bagi merawat sakit jantung yang dihidapiny­a.

“Pada mulanya dia dalam keadaan baik selepas bangun dari tidur pada 5.30 pagi dan duduk di meja komputer untuk membuat kerja sebelum secara tiba-tiba anak kedua saya memanggil saya dan mengatakan sesuatu berlaku pada arwah. “Sebaik bergegas kepadanya, saya melihat mulutnya sudah berbuih lalu saya segera memanggil jiran saya yang juga seorang doktor untuk memberi bantuan kecemasan menerusi CPR (Pernafasan Resutasi Kardiopulm­onari) tetapi disahkan menghembus nafas terakhir pada kira-kira 6.30 pagi,” katanya.

Allahyarha­m turut mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung dan selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini pada kira-kira 1 tengah hari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia