Utusan Borneo (Sarawak)

The Reds tundukan West Brom 2-1, kekalkan momentum

Alisson menjadi wira Liverpool apabila menjaringk­an gol pada minit ke-95 sekali gus mengekalka­n impian ke Liga Juara-Juara

-

Saya bermain sejak saya masih ingat bersama ayah saya. Saya berharap beliau ada di sini melihatnya tetapi saya pasti beliau melihat perlawanan ini bersama

” Tuhan dan meraikan gol saya ini.

Penjaga gol Liverpool

LONDON: Penjaga gol, Alisson Becker, menjadi wira Liverpool apabila menjaringk­an gol kemenangan minit ke-95 di West Bromwich Albion pada Ahad, sekali gus mengekalka­n impian memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Pada perlawanan lain, Tottenham Hotspur menewaskan Wolves 2-0 untuk berada pada kedudukan selesa kelayakan ke Liga Europa tetapi harapan beraksi di Eropah buat Everton kelihatan semakin tipis apabila tewas mengejut 0-1 kepada Sheffield United di Goodison Park.

Tandukan Alisson memastikan Liverpool masih berpeluang memburu tempat dalam empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-1, walaupun mereka masih berada di tangga kelima liga.

Anak buah Jurgen Klopp itu ketinggala­n satu mata di belakang Chelsea dan tiga mata di belakang Leicester City yang masing-masing berada di tangga keempat dan ketiga liga dengan baki dua perlawanan sahaja lagi musim ini.

Tetapi dengan Leicester dan Chelsea akan bertemu sesama sendiri, kemenangan ke atas Burnley dan Crystal Palace dijangka akan meletakkan Liverpool dalam kelompok empat teratas liga.

West Brom, yang sudah sah tersingkir dari liga, membuka jaringan menerusi gol Hal Robson-Kanu sebelum

Alisson Becker

Mohamed Salah mengikat kedudukan sebelum rehat.

Tetapi Liverpool membayangk­an keputusan seri yang menjejaska­n peluang ke empat tangga teratas sebelum Alisson menyertai rakan sepasukan di hadapan pintu gol West Brom untuk satu tendangan sudut pada minit kecederaan.

Ayah Alisson meninggal dunia pada bulan Februari apabila lemas ketika satu kemalangan semasa berenang.

Alisson tidak dapat pulang untuk majlis pengebumia­n kerana peraturan kuarantin untuk kemasukan luar negara dan jelas sangat emosi pada tamat permainan.

“Saya bermain sejak saya masih ingat bersama ayah saya. Saya berharap beliau ada di sini melihatnya tetapi saya pasti beliau melihat perlawanan ini bersama Tuhan dan meraikan gol saya ini,” kata Alisson.

“Anda tidak dapat menjelaska­n banyak perkara dalam kehidupan. Bagi saya, satu-satu sebab untuk semua ini ialah Tuhan dan memberikan restu kepada saya untuk menjaringk­an gol.”

Gol salah adalah gol ke22 beliau dalam liga, meletakkan­nya berkongsi jumlah dengan Harry Kane dari Tottenham untuk anugerah penjaring terbanyak liga.

Kane juga menjaringk­an gol ketika Spurs memintas West Ham ke tangga keenam liga dengan perbezaan gol.

Kapten Spurs itu meletakkan Spurs di hadapan pada minit akhir sebelum rehat selepas menerima umpanan Pierre-Emile Hojbjerg.

Hojbjerg menjadikan kedudukan 2-0 selepas satu jam permainan selepas rembatan Gareth Bale gagal ditepis kemas penjaga gol Rui Patricio ketika Spurs meningkatk­an peluang beraksi sekurangku­rangnya dalam Liga Europa musim hadapan.

Rekod buruk Everton di tempat sendiri menamatkan segala peluang untuk memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan apabila kelab tercorot liga, Sheffield United, menjadi pasukan terbaharu yang meraih kemenangan di Goodison Park.

Gol tunggal dijaringka­n seawal minit ketujuh apabila Daniel Jebbison menyempurn­akan hantaran lintang Jack Robinson.

Everton hanya menang sekali di tempat sendiri sejak bulan Disember dan kekal di tangga kelapan liga, tiga mata di belakang Tottenham dan West Ham untuk kelayakan ke Liga Europa.

Kejayaan Leicester memenangi Piala FA Inggeris bermakna tempat ketujuh liga sudah memadai untuk satu tempat ke kejohanan baharu Liga Conference Europa musim hadapan.

Pada perlawanan awal, Crystal Palace bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Aston Villa 3-2, sekali gus melonjak Palace ke tangga ke-13 liga. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BOLOS: Harry Kane (tengah) menjaringk­an gol melepasi penjaga gol Wolverhamp­ton Rui Patricio (dua kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Wolverhamp­ton Wanderers di Stadium Tottenham Hotspur di London, kelmarin.
— Gambar AFP BOLOS: Harry Kane (tengah) menjaringk­an gol melepasi penjaga gol Wolverhamp­ton Rui Patricio (dua kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Wolverhamp­ton Wanderers di Stadium Tottenham Hotspur di London, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? RAI: Mohamed Salah (dua kanan) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukann­ya Roberto Firmino (tengah) dan Sadio Mane (dua kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Bromwich Albion dan Liverpool di stadium Hawthorns di West Bromwich, kelmarin.
— Gambar AFP RAI: Mohamed Salah (dua kanan) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukann­ya Roberto Firmino (tengah) dan Sadio Mane (dua kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Bromwich Albion dan Liverpool di stadium Hawthorns di West Bromwich, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia