Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli atasi Fiorentina 2-0, terus buru tiket kelayakan ke Liga Juara-Juara

-

MILAN: Napoli mengekalka­n impian kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan apabila menewaskan Fiorentina 2-0 pada Ahad dan berkongsi mata dengan AC Milan yang berada di tangga ketiga liga dan berkelebih­an gol.

Lorenzo Insigne gagal menyempurn­akan penalti tetapi berjaya menolak bola muntah ke pintu gol pada minit ke-56 sebelum gol sendiri Lorenzo Venti 11 minit kemudian memastikan kemenangan berharga buat Napoli.

Napoli kini dua mata di belakang pasukan di tangga kedua, Atalanta, yang dijamin kelayakan ke Liga Juara-Juara buat musim ketiga berturut-turut selepas menewaskan Genoa 4-3 pada Sabtu.

AC Milan merampas kembali tangga ketiga dari Napoli selang beberapa jam selepas hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Cagliari.

Juventus di tangga kelima, satu mata di belakang Milan dan Napoli tetapi masih bersaing untuk empat tangga teratas selepas menewaskan Inter Milan 3-2 pada Sabtu dengan baki satu perlawanan sahaja lagi musim ini.

Sama seperti apabila Cristiano Ronaldo gagal menyempurn­akan penalti tetapi merembat bola muntah ke pintu gol, Insigne juga menjaringk­an gol dengan cara yang sama apabila tendangan awal beliau ditepis penjaga gol Fiorentina, Pietro Terraccian­o.

Insigne gagal menyempurn­akan dua lagi peluang terbaik tetapi beliau membantu menghasilk­an gol kedua Napoli apabila mengumpan bola kepada Piotry Zielinski, dengan rembatan penyudahny­a terkena pemain pertahanan Fiorentina, Venuti dan masuk ke pintu golnya sendiri.

Perlawanan terakhir Napoli ialah menentang Hellas Verona dan mengintai peluang kembali ke bola sepak Eropah selepas gagal melayakkan tempat musim lepas.

Juventus bermain perlawanan terakhir menentang Bologna tetapi mengharapk­an keputusan dua pasukan di hadapannya. Jika Napoli dan AC Milan masing-masing menang perlawanan terakhir, Juventus mungkin terpaksa akur bermain dalam Liga Europa musim hadapan, kali pertama mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara dalam satu dekad. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia