Utusan Borneo (Sarawak)

Bundesliga Jerman: Dortmund benam Mainz 3-1, raih tiket ke Liga Juara-Juara musim hadapan

-

BERLIN: Borussia Dortmund mengesahka­n tempat ke Liga Juara-Juara musim hadapan apabila Raphael Guerreiro, Marco Reus dan Julian Brandt menjaringk­an gol untuk kemenangan 3-1 di Mainz dalam aksi Bundesliga Jerman pada Ahad.

Guerreiro dan kapten pasukan Reus, menjaringk­an gol dalam separuh masa pertama sebelum Brandt melengkapk­an jaringan pada lewat permainan.

Dengan baki satu perlawanan, Dortmund, yang menewaskan Leipzig 4-1 untuk memenangi Piala Jerman pada pertengaha­n minggu, tidak akan terkeluar dari empat tangga teratas liga.

Penyerang Mainz, Robin Quaison, menjaringk­an gol ke-30 beliau dalam liga dengan menyempurn­akan penalti pada lewat permainan.

Kelayakan ke Eropah melengkapk­an perubahan mendadak Dortmund pada enam minggu terakhir.

Mereka berada di tangga kelima dan tujuh mata dari kelayakan ke Liga JuaraJuara selepas tewas 1-2 kepada Eintracht Frankfurt pada awal bulan April.

Dortmund sejak itu menang semua enam perlawanan liga terakhir untuk menjamin satu tempat ke Liga JuaraJuara musim hadapan.

“Tidak ramai orang percaya dengan kami,” kata Reus apabila ditanya tentang merapatkan jurang kurang tujuh mata.

“Pasukan ini selayaknya pujian yang tinggi. Kami menunjukka­n mentaliti yang kuat dalam beberapa minggu terakhir.

“Apabila kami harus melakukann­ya, kami berupaya melakukan perkara yang hebat.”

Aksi cemerlang Dortmund berlarutan sehingga memenangi Piala Jerman dengan Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland masing-masing menjaringk­an dua gol di Berlin.

Kelayakan ke Eropah juga mengurangk­an kemungkina­n Haaland akan meninggalk­an kelab pada akhir musim.

Penyerang berusia 20 tahun itu tidak menyembuny­i rahsia bahawa beliau mahu terus beraksi dalam Liga Juara-Juara dan ejennya, Mino Raiola membangkit­kan spekulasi baru-baru ini bahawa penyerang dari Norway itu mungkin akan meninggalk­an kelab.

Haaland mempunyai kontrak di kelab sehingga 2024 tetapi dilaporkan ada klausa pelepasan kontrak boleh diaktifkan pad 2022.

Dortmund bagaimanap­un yakin Haaland akan terus kekal dengan pengarah sukan kelab, Michael Zorc menegaskan Haaland “akan bermain bersama kami musim hadapan” sebelum sepak mula perlawanan.

Pada perlawanan sebelum ini, Mainz mengejutka­n Bayern Munich 2-1, yang sudah disahkan juara Bundesliga Jerman tetapi tiada aksi cemerlang yang sama dari Mainz pada Ahad.

Dortmund membuka jaringan pada minit ke-23 dengan satu rembatan kencang Guerreiro.

Reus menambah jaringan apabila Sancho melepasi pertahanan Mainz sebelum mengumpan bola kepada kaptennya untuk melakukan penyudah kemas tiga minit sebelum rehat.

Brandt menamatkan saingan 10 minit sebelum tamat permainan selepas berganding­an dengan Haaland namun masih ada masa untuk Quaison menjadi penjaring terbanyak kelab dengan gol penalti. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIASAK: Pemain pertahanan Mainz Jeremiah St Juste (dua kiri) bersaing dengan Marco Reus (kiri) dan pemain Dortmund Mats Hummels pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Mainz 05 menentang Borussia Dortmund di Mainz, kelmarin.
— Gambar AFP DIASAK: Pemain pertahanan Mainz Jeremiah St Juste (dua kiri) bersaing dengan Marco Reus (kiri) dan pemain Dortmund Mats Hummels pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Mainz 05 menentang Borussia Dortmund di Mainz, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia