Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal juarai Terbuka Itali kali ke-10 selepas menewaskan Djokovic

-

ROM: Rafael Nadal menewaskan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic untuk memenangi kejuaraan Terbuka Itali buat kali ke-10 pada Ahad sementara dalam bahagian wanita, juara Terbuka Perancis musim lepas, Iga Swiatek, mudah menewaskan Karolina Pliskova untuk muncul juara.

Nadal, pemain pilihan kedua kejohanan, menang 7-5, 1-6 dan 6-3 dalam masa dua jam dan 49 minit untuk menewaskan juara bertahan, sekali gus menyamai rekod Djokovic memenangi 36 kejuaraan peringkat Siri Master dan menunjukka­n kesungguha­nnya untuk mempertaha­nkan kejuaraan di Terbuka Perancis, yang bermula dua minggu lagi.

“Saya benar-benar mahukan kejuaraan ini. Ini adalah salah satu dari kejuaraan penting pertama yang saya menangi dalam kerjaya saya. Saya sudah menang 10 di Monte Carlo, Barcelona dan Terbuka Perancis dan saya benar-benar mahu memenangi kejuaraan ini,” kata Nadal.

Swiatek, pemain remaja dari Poland, membelasah Pliskova, pilihan kesembilan kejohanan dari Republik Czech, 6-0 dan 6-0 untuk memenangi kejuaraan Siri Master yang pertama beliau di Foro Italico.

“Saya terharu, pada awal kejohanan, saya tidak mengimpika­n untuk memenangin­ya,” kata Swiatek, yang akan memasuki senarai 10 pemain teratas dunia selepas keputusan cemerlang di Rom.

“Apabila saya bermain, saya tidak tahu apa keputusann­ya,” akui pemain yang baharu berusia 19 tahun itu.

“Apabila jurulatih saya berkata ia adalah 6-0 an 6-0, saya benar-benar terkejut. Saya fikir ia satu kesilapan.”

Djokovic dan Nadal berdepan sesama sendiri buat kali ke-57 dengan pertemuan terakhir ialah di final Terbuka Perancis tahun lepas di mana Nadal menang mudah.

Nadal dan Djokovic memenangi 15 dari 17 kejuaraan di sini di antara mereka sementara Nadal mendahului senarai pertemuan keduadua pemain di final di sini dengan 4-2.

Walaupun tewas permainan pertama pada set pertama, Nadal bangkit bergaya untuk memenangi set pertama.

Beliau hilang rentak sedikit pada set kedua, membolehka­n Djokovic mengikat kedudukan untuk membawa permainan ke set penentuan.

Tetapi Nadal kembali meningkatk­an permainan untuk memenangi kejuaraan yang ke-88 dalam kerjayanya selepas memenangi kejuaraan di Barcelona pada awal bulan.

“Saya kecewa kerana gagal menang tetapi gembira dengan tahap permainan saya,” kata Djokovic, juara lima kali di Rom.

“Saya akan ke Paris (Terbuka Perancis) dengan rasa yakin. Saya merasakan saya mula menyesuaik­an diri di permukaan tanah liat.”

Kejohanan Terbuka Perancis akan berlangsun­g pada 30 Mei ini, dengan Nadal memburu kejuaraan ke-14 dan juga rekod ke-21 keseluruha­n kejohanan Grand Slam.

Swiatek, yang berada pada ranking ke-15 dunia, memenangi kejuaraan WTA ketiga beliau selepas kejuaraan di Adelaide pada bulan Januari.

Beliau memenangi set pertama dalam masa 20 minit sebelum mengekalka­n rentak pada set kedua untuk tidak langsung memberikan sebarang mata kepada lawannya.

“Dari awal saya merasakan beliau berasa cemas dan saya mahu mengambil sepenuh peluang itu untuk bermain dengan lebih agresif,” kata Swiatek. — AFP

 ??  ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC
 ??  ?? NADAL
NADAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia