Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga Sepanyol: Atletico tewaskan Osasuna 2-1

-

MADRID: Luis Suarez menjaringk­an gol yang mungkin membantu Atletico Madrid memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol apabila gol minit ke-88 memastikan kemenangan 2-1 ke atas Osasuna pada Ahad, selepas kelihatan memberikan kelebihan kejuaraan kepada Real Madrid sebelum itu.

Atletico ketinggala­n ketika berbaki sembilan minit perlawanan di Wanda Metropolit­ano dan berdepan satu kekalahan yang bukan hanya menangguhk­an peluang menjadi juara tetapi membolehka­n Real Madrid, yang menewaskan Athletic Bilbao 1-0, melonjak ke tangga teratas liga dengan berbaki satu perlawanan sahaja lagi musim ini.

Sebaliknya, Atletico menjaringk­an gol pada minit ke82 dan 88 untuk mencipta satu kebangkita­n luar biasa. Renan Lodi menjaringk­an gol penyamaan sebelum Suarez menjadi wira dengan satu rembatan cantik untuk menyebabka­n pemain Atletico meraikan gol seperti meraikan kejuaraan liga.

Pada tamat permainan, beberapa pemain Atletico juga melutut berasa lega dengan kemenangan itu kerana mereka hanya kurang satu kemenangan untuk mengesahka­n kejuaraan.

Untuk muncul juara dengan baki satu perlawanan, Atletico mengharapk­an Real Madrid tercicir mata di San Mames tetapi Nacho Fernandez meletakkan Real di hadapan dalam separuh masa kedua dan keutamaan Atletico selepas itu ialah untuk mengekalka­n kedudukan mereka di tangga teratas.

Kemenangan bermakna mereka memiliki kelebihan dua mata di singgahsan­a liga dan satu kemenangan di Real Valladolid hujung minggu ini akan mengesahka­n kejuaraan liga yang kedua dalam tempoh 25 tahun.

Barcelona terkeluar dari saingan selepas tewas 1-2 kepada Celta Vigo di tempat sendiri.

Santi Mina menjaringk­an dua gol, termasuk gol kemenangan minit ke-89 untuk Celta selepas Lionel Messi membuka jaringan.

Suarez ,yang dipaksa meninggalk­an Barca pada musim panas lalu, sudah menjaringk­an 20 gol musim ini dan satu gol ketika menentang Osasuna memastikan bekas kelabnya gagal memenangi kejuaraan liga.

Selepas lebih satu tahun tidak kelihatan, penonton akhirnya kembali ke stadiumsta­dium untuk perlawanan La Liga tetapi hanya untuk dua perlawanan di wilayah Valencia, di mana kadar jangkitan COVID-19 menurun di bawah tahap yang ditetapkan oleh kerajaan.

Di Villarreal, sejumlah 5,000 penonton bersorak menyaksika­n pasukan mereka menewaskan Sevilla 4-0.

Tetapi 60 kilometer di pantai Mediterran­ean, Valencia, yang mempunyai perhubunga­n tegang dengan penyokongn­ya, hanya menjual 3,000 tiket kepada penyokongn­ya untuk hadir ketika pasukan itu menewaskan Eibar 4-1.

Di Madrid, tiada penonton dibenarkan di Wanda Metropolit­ano tetapi mereka berkumpul di luar stadium dan bersorak ketika bas pasukan tiba.

Atletico mempunyai 16 peluang dalam separuh masa pertamanam­ungagalmel­akukan penyudah kemas.

Peluang terbaik mereka ialah dari satu hantaran lintang Angel Correa tetapi Suarez mengambil masa terlalu lama untuk melakukan penyudah dan rembatanny­a terkena palang.

Keadaan menjadi sukar buat Atletico apabila Osasuna membuka jaringan pada minit ke-75 menerusi gol Ante Budimir, yang menerima umpanan dari Ruben Garcia.

Dengan Real Madrid mendahului kedudukan pada minit ke-68 di San Mames, Atletico semakin tertekan namun Renan Lodi mengikat kedudukan sebelum Suarez melengkapk­an kebangkita­n ketika berbaki dua minit permainan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERGAYA: Messi (dua kanan) menggelece­k bola pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara FC Barcelona dan RC Celta de Vigo di stadium Camp Nou di Barcelona, kelmarin.
— Gambar AFP BERGAYA: Messi (dua kanan) menggelece­k bola pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara FC Barcelona dan RC Celta de Vigo di stadium Camp Nou di Barcelona, kelmarin.
 ??  ?? SENGIT: Pemain pertahanan Osasuna Unai Garcia (kiri) bersaing dengan Luis Suarez pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Club Atletico de Madrid dan CA Osasuna di stadium Wanda Metropolit­ano di Madrid, kelmarin.
SENGIT: Pemain pertahanan Osasuna Unai Garcia (kiri) bersaing dengan Luis Suarez pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Club Atletico de Madrid dan CA Osasuna di stadium Wanda Metropolit­ano di Madrid, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia