Utusan Borneo (Sarawak)

Cheah puas hati kejayaan di Sepanyol

-

KUALA LUMPUR: Pemain badminton para Malaysia, Cheah Liek Hou berpuas hati dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Para Antarabang­sa Sepanyol Ahad lepas.

Pemain nombor dua dunia itu mengakui mempunyai masa yang begitu singkat untuk membuat persiapan menghadapi cabaran di Cartagena, Sepanyol itu selepas menjuarai sebuah kejohanan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lepas.

“Saya sangat berpuas hati atas kejayaan ini. Saya terpaksa kuarantin seminggu selepas pulang dari Dubai dan hanya mempunyai tiga minggu sahaja untuk membuat persediaan menghadapi kejohanan di Sepanyol,” katanya dalam satu video dikongsi kepada media semalam.

Cheah menampilka­n aksi cemerlang dan hanya memerlukan masa 34 minit untuk muncul juara perseorang­an dalam kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas mengalahka­n wakil Jepun Taiyo Imai 21-13, 21-1.

Ini kejayaan kedua berturut-turut diraihnya tahun ini selepas mengecewak­an pemain Indonesia Dheva Anrimusthi 14-21, 22-20, 2118 di perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Para Antarabang­sa Fazza-Dubai buat kali ketiga di UAE.

Sementara itu, Cheah yang juga juara dunia sebanyak enam kali itu berkata pengalaman diraihnya ketika turun bertanding pada kejohanan lepas membantu dirinya mengatasi tekanan dihadapi untuk mengecap kejayaan di Sepanyol.

Beliau pada masa sama turut bersyukur dan menghargai usaha dilakukan pegawai yang menganalis­is setiap pencabarny­a seterusnya membantuny­a mengunggul­i kejohanan di Sepanyol itu.

Jurulatihn­ya, Datuk Rashid Sidek ketika dihubungi Bernama mengesahka­n Cheah berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik di Tokyo, Jepun yang dijadualka­n berlangsun­g dari 24 Ogos hingga 5 Sept ini susulan kejayaanny­a di Cartagena. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia