Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan keselamata­n Belgium geledah taman negara, buru tentera penyangak

-

BRUSSELS: Pasukan keselamata­n Belgium kelmarin menggeleda­h sebuah taman negara bagi seorang anggota tentera disyaki mempunyai pandangan ekstrem haluan kanan yang hilang selepas mencuri senjata dari sebuah pangkalan tentera serta mengugut beberapa figura awam.

Beratus-ratus anggota polis dan tentera telah dikerahkan dalam pemburuan Jurgen Conings, 46, selepas kenderaann­ya yang ditinggalk­an dijumpai di kawasan berhampira­n sempadan Belanda pada petang Selasa dengan empat pelancar roket di dalamnya.

“Lebih 400 orang telah memeriksa wilayah ini untuk cuba menyelesai­kan situasi berbahaya ini,” Perdana Menteri Alexander De Croo memberitah­u anggota perundanga­n pada tengah hari kelmarin.

Pendakwa raya memberikan amaran bahawa Conings, yang dilaporkan pernah berkhidmat di Kosovo, Iraq dan Afghanista­n, kemungkina­n masih bersenjata dan berbahaya selepas dia disyaki mencuri senjata dari sebuah pangkalan tentera di mana dia bertugas sebagai jurulatih.

Selepas pihak berkuasa Belgium memaklumka­n kepada beberapa negara jiran agar membantu dalam pemburuan lelaki tersebut, kementeria­n dalam negeri menyatakan polis Jerman telah tiba di Belgium, tanpa menjelaska­n berapa ramai.

Polis Belanda memberitah­u AFP bahawa merela sedang “dalam berjaga-jaga”.

Pemburuan tersebut mendominas­i tajuk utama akhbar di negara ini, dengan sebahagian melabelkan Conings sebagai “Belgian Rambo” sempena filem aksi tahun 1980-an yang dibintangi oleh Sylvester Stallone.

Sebelum itu pihak berkuasa menyatakan bahawa mereka telah menemui sekeping surat yang ditinggalk­an oleh orang buruan itu yang termasuk ugutan terhadap pegawai negara dan awam.

Antara orang yang diugut oleh Conings adalah Marc Van Ranst, seorang ahli virologi terkenal yang menjadi tumpuan siasatan bagi ahli teori konspirasi, pihak skeptis COVID-19 dan haluan kanan Flemish di Belgium semasa krisis koronaviru­s.

Kes tersebut menimbulka­n persoalan serius buat pihak tentera mengenai kenapa Conings masih mempunyai akses kepada senjata di sebalik rekodnya yang diketahui oleh pihak berkuasa.

Conings, yang profil Twitternya menunjukka­n dirinya sendiri sebagai seorang “anggota tentera Pasukan Tentera Udara Belgium” yang minat bersukan, bina badan dan tinju”, telah terdapat dalam satu senarai ekstremis yang diawasi oleh agensi antipengga­nas Belgium.

Dia adalah salah seorang daripada 30 kakitangan ketenteraa­n Belgium yang diketahui sebagai penyokong ekstremis, menurut pihak berkuasa, namun dia masih kekal bertugas secara aktif, melatih pasukan tentera Belgium sebelum pengerahan bagi misi luar negara.

De Croo memberitah­u pihak perundanga­n bahawa pasukan tentera perlu untuk meningkatk­an “kawalan dalamannya”.

Menteri pertahanan Ludivine Dedonder memberitah­u parlimen bahawa Conings telah berdepan sekatan dari pegawai atasannya pada 2020 selepas mengeluark­an “kenyataan berbaur rasis” dan ugutan di Facebook.

“Tidak ada tempat dalam tentera bagi pihak ekstremis atau fasis,” tegasnya.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BURU: Anggota polis membawa anjing pengesan ketika meronda di pintu masuk ke Taman Negara Hoge Kempen di Maasmechel­en, utara Belgium kelmarin.
— Gambar AFP BURU: Anggota polis membawa anjing pengesan ketika meronda di pintu masuk ke Taman Negara Hoge Kempen di Maasmechel­en, utara Belgium kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia