Utusan Borneo (Sarawak)

Siri adiwira Marvel ‘WandaVisio­n’ menang besar di anugerah MTV

-

SIRI adiwira Marvel ‘WandaVisio­n’ dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Filem dan TV MTV baru-baru ini, menyaksika­n Sacha Baron Cohen muncul riang selepas kekalahan Oscar, di samping Borat, Bruno dan rakan-rakan.

‘WandaVisio­n’, mengisahka­n karektor dari filem adiwira blokbuster Marvel dan membawa aksi tersebut ke platform strim Disney+, memenangi empat anugerah dalam acara Los Angeles itu, termasuk rancangan terbaik.

Siri aneh namun disambut ramai itu berlatarka­n dunia ganjil, berinspira­sikan sitkom juga telah merangkul persembaha­n terbaik bagi bintangnya Elizabeth Olsen, watak jahat terbaik bagi Kathryn Hahn, dan “perlawanan terbaik.”

“Ini tidak masuk akal, kesemuanya, sepanjang tahun ini seakan-akan halusinasi,” ucap Hahn, dengan acara secara langsung tersebut dijalankan di Hollywood setahun selepas edisi sebelumnya dibatalkan.

Mendiang Chadwick Boseman, memenangi pelakon terbaik bagi ‘Ma Rainey’s Black Bottom’ semasa anugerah Oscar bulan lepas, diberi penghormat­an untuk persembaha­n terbaik dalam filem.

Anugerah tersebut tidak membahagik­an pelakon lelaki dan wanita, dan telah dianugerah­kan di Hollywood sejak 1992 dengan arca kecil ‘popcorn emas’ dalam kategori bukan kelaziman termasuk ‘ciuman terbaik’.

Berlangsun­g pada permulaan musim panas blokbuster, dan diundi secara atas talian oleh orang ramai, anugerah tersebut lebih cenderung untuk mengiktira­f pilihan orang ramai dan komersial.

‘To All the Boys: Always and Forever’ penutup bagi trilogi Netflix dalam komedi romantis remaja yang diadaptasi daripada novel belia Jenny Han, dinobatkan filem terbaik.

Baron Cohen membawa pulang anugerah tanpa bertanding, menerimany­a dalam video yang menampilka­n beliau bertengkar dengan persona komiknya sendiri seperti Borat dan Ali G.

“Sebelum orang lain melakukann­ya, saya dengan rasminya menyingkir­kan diri saya sendiri,” gurau Baron Cohen.

“Saya sebenarnya menanti-nantikan ini selepas kalah dalam Oscar. Kamu boleh menyimpann­ya. Kamulah karikaturn­ya,” katanya kepada watak Brunonya, menyerahka­n trofi.

Baron Cohen telah dicalonkan sebagai pelakon lelaki sokongan dalam ‘The Trial of the Chicago 7’ dan lakonan skrin adaptasi untuk ‘Borat Subsequent Moviefilm’, tetapi tidak berjaya menang keduadua Anugerah Akademi itu.

Scarlett Johansson juga diberi penghargaa­n untuk kariernya oleh MTV pada Ahad.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PEMENANG UTAMA: Gambar fail bertarikh 20 Julai 2019 ini menunjukka­n Elizabeth Olsen (kiri) dan Paul Bettany naik ke pentas untuk acara panel Marvel bagi mempromosi­kan ‘WandaVisio­n’ semasa Comic Con di San Diego, California.
— Gambar AFP PEMENANG UTAMA: Gambar fail bertarikh 20 Julai 2019 ini menunjukka­n Elizabeth Olsen (kiri) dan Paul Bettany naik ke pentas untuk acara panel Marvel bagi mempromosi­kan ‘WandaVisio­n’ semasa Comic Con di San Diego, California.
 ??  ??
 ??  ?? SCARLETT JOHANSSON
SCARLETT JOHANSSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia