Utusan Borneo (Sarawak)

UTARA DILANDA BANJIR

341 dipindahka­n di empat PPS di Lawas semalam, turut terjejas beberapa kawasan di Limbang dan Miri.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Mangsa banjir yang ditempatka­n di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Lawas semalam meningkat kepada 341 orang meliputi 79 Ketua Isi Rumah (KIR).

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Lawas Ladin Atok berkata, selain PPS Dewan Masyarakat Daerah Kecil Trusan yang dibuka pagi kelmarin, terdapat penambahan tiga lagi PPS iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa Trusan, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Lintang dan SK Sundar.

“PPS Dewan Masyarakat Daerah Kecil Trusan yang dibuka 8.30 pagi semalam (kelmarin) menempatka­n 100 mangsa banjir meliputi 19 KIR.

“PPS SJK Chung Hwa Trusan dibuka pada jam 3 petang semalam (kelmarin) menempatka­n 81 orang mangsa daripada 21 KIR, PPS SK Kampung Lintang dibuka jam 6 petang menempatka­n 147 orang mangsa daripada 37 KIR,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Ladin yang juga Pegawai Daerah Lawas menambah, PPS SK Sundar dibuka pada jam 10 malam kelmarin menempatka­n 13 orang mangsa daripada dua KIR.

Sementara itu, dua PPS turut dibuka di Limbang iaitu di Dewan Masyarakat Medamit dan Dewan Masyarakat Ukong yang menempatka­n keseluruha­n 60 mangsa daripada 17 KIR.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata, PPS Dewan Masyarakat Medamit yang dibuka jam 3 petang kelmarin menempatka­n 32 mangsa banjir daripada 10 KIR.

Manakala, PPS Dewan Masyarakat Ukong yang dibuka jam 10.30 pagi semalam menempatka­n 28 mangsa daripada tujuh KIR.

Dalam perkembang­an sama, tiga sekolah di daerah Telang Usan, Miri masih tidak dapat beroperasi ekoran dilanda banjir sejak Rabu lalu.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri dan Beluru, Kapten (PA) Usman Harto berkata tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Luteng, SK Long Atip dan SK Long Moh.

“Pejabat Pendidikan Daerah Baram melaporkan terdapat tiga sekolah yang terjejas banjir pada jam 11.30 pagi pada Rabu lalu.

“Keadaan sekolah pada masa ini terkawal kerana sekolah beroperasi dalam tempoh PdPR (pengajaran dan pembelajar­an di rumah) dan keadaan cuaca masih mendung,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Usman berkata, SK Long Luteng yang mempunyai 20 orang guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) serta enam ahli keluarga kakitangan terjejas banjir setinggi enam kaki.

“Manakala SK Long Atip mempunyai 14 guru dan AKP serta lima orang ahli keluarga kakitangan berdepan banjir setinggi dua kaki dan SK Long Moh mempunyai 16 guru dan AKP serta sembilan ahli keluarga kakitangan dilanda banjir setinggi satu kaki,” ujarnya.

Dalam pada itu, Usman berkata bagi daerah kecil Mulu terdapat lapan kawasan dilaporkan mengalami banjir.

“Kawasan tersebut ialah Kampung Batu Bungan, Klinik Kesihatan Mulu, Pejabat Daerah Kecil Mulu, SK Batu Bungan, kuarters CAAM (Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia) Mulu, Kampung

Sungai Melinau Mulu, Kampung Long Iman dan SK Penghulu Baya Mallang,” tambahnya.

Selain itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata pekan Long Lama juga antara yang terjejas banjir pagi semalam.

“Setakat jam 2.28 petang, paras air masih tinggi di sekitar Long Lama dan trend air masih menaik namun tiada hujan berlaku di kawasan tersebut.

“Pihak Sarawak Energy Berhad terpaksa menutup sepenuhnya bekalan elektrik pada jam 1.30 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga.

“Jalan menuju ke pekan Long Lama tidak dapat dilalui kerana sektor berdekatan Kampung Long Laput dan stesen injap SSGP (Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak) dinaiki air sedalam lebih kurang empat kaki,

 ??  ?? LUMPUH: Keadaan pekan Long Lama
yang dilanda banjir pagi semalam.
LUMPUH: Keadaan pekan Long Lama yang dilanda banjir pagi semalam.
 ??  ?? TERJEJAS: Keadaan rumah yang dilanda banjir
di Lubuk Lasas, Limbang pagi semalam.
TERJEJAS: Keadaan rumah yang dilanda banjir di Lubuk Lasas, Limbang pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia