Utusan Borneo (Sarawak)

KEPUTUSAN TIDAK BALIK KAMPUNG KAWAL PENULARAN JANGKITAN

-

MIRI: Kerjasama penduduk untuk tidak balik kampung dan rumah panjang ketika musim perayaan sekarang membantu kerajaan mengawal penularan jangkitan di kawasan luar bandar bahagian ini.

Menteri Bertanggun­gjawab Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) Datuk Lee Kim Shin berkata, arahan seiring penguatkua­saan bawah Perintah Kawa- lan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri yang dilanjutka­n sehingga 7 Jun.

“Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri amat serius mengenai perkara ini. Kita tidak mahu COVID-19 sekali lagi merebak ke luar bandar atau ke kawasan pedalaman kerana ini akan menjejaska­n usaha kita memutuskan rantaian pendemik ini,” tegas beliau.

Mereka sekali lagi diingat untuk tidak merentas daerah/zon dan mematuhi garis panduan sambutan perayaan yang telah ditetapkan.

Sebanyak sebelas rumah panjang iaitu lima di Daerah Beluru, empat di Daerah Subis dan dua di Daerah Marudi telah tamat tempoh perintah sekatan pergerakan.

Dua lokaliti yang baru sahaja tamat perintah tersebut ialah sebuah rumah panjang di Subis dan sebuah sekolah rendah di Beluru.

Hanya Rh. Genatan, Sungai Kenyalang di Subis yang masih dalam perintah sekatan pergerakan.

Sambutan Hari Gawai semasa PKPB dan PKPD dikemas kini 19 Mei lalu dikeluarka­n Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS).

Lee menambah, tindakan tidak balik kampung melindungi ahli keluarga khasnya warga emas, kanak-kanak, warga OKU yang belum menerima vaksin terdedah kepada risiko jangkitan.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf.

 ??  ??
 ??  ?? MESYUARAT: Lee ditemani Aziz ketika mesyuarat JPBBM semalam.
MESYUARAT: Lee ditemani Aziz ketika mesyuarat JPBBM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia