Utusan Borneo (Sarawak)

Beri bantuan khas jika PKP penuh

-

KUCHING: Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) merayu kerajaan agar menyediaka­n bantuan khas untuk rakyat sekiranya diisytihar­kan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya di negeri ini.

Presidenny­a Bujang Boji Sitam berkata, pihaknya pernah menyaranka­n kepada kerajaan supaya mengisytih­arkan PKP sepenuhnya berikutan keadaan penularan COVID-19 ini seperti sukar dikawal.

Tegasnya, adalah menjadi tanggungja­wab kerajaan umtuk menyediaka­n pakej bantuan dan rangsangan ekonomi seperti yang pernah dilaksanak­an pada PKP 1.0 tahun lepas.

“Kita yakin Sarawak tidak mempunyai masalah untuk menyediaka­n pakej rangsangan ekonomi dan bantuan bekalan makanan asas kepada penduduk yang terjejas akibat dari pelaksanaa­n PKP ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas Bujang, pada PKP 1.0 tahun lalu, kerajaan Sarawak dan pusat samasama membantu rakyat dengan menyediaka­n beberapa pakej bantuan.

“Kalau boleh tangguhkan dahulu projek-projek mega yang sedang dirancangk­an untuk rakyat, kita perlu fokus dulu dalam usaha untuk memutuskan rantaian pandemik ini yang kian membimbang­kan kita,” tambahnya.

Beliau turut merayu kerajaan agar membenarka­n penjaja kecil kecil meneruskan usaha mereka dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi mengelakka­n jumlah pelanggan yang ramai untuk berkumpul pada waktu yang sama.

Beliau berharap para penjaja kecil ini perlu serius dalam mematuhi SOP bagi membantu dalam usaha untuk memutus rantaian pandemik ini.

Sehubungan itu katanya, DEKOMS menyaranka­n agar kerajaan, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) terus memberikan permit sementara kepada para penjaja kecil bagi memudahkan mereka untuk memohon mendapatka­n bantuan seperti yang pernah dilaksanak­an semasa PKP 1.0 lalu.

“Dengan permit sementara ini, akan dapat membantu para penjaja dan peniaga kecil untuk mendapatka­n bantuan dari kerajaan,” tegas beliau.

Sementara itu, beliau memberitah­u, DEKOMS akan memantau keadaan semasa dan akan terus berusaha untuk mencari jalan membantu ahli-ahlinya yang kini hampir mencecah 2,000 di seluruh negeri ini.

“Bagi DEKOMS, kita tidak dapat menjanjika­n apa-apa, kita hanya sekadar membantu dalam usaha untuk membuka pintu seluas-luasnya kepada ahli-ahli untuk mendapat bantuan.

“Ini terpulang kepada ahliahli sendiri untuk mengetuk pintu agensi-agensi bantuan berkenaan, kita pastinya akan turut membantu membuka jalan lebih luas kepada ahliahli,” katanya sambil mengingatk­an ahli-ahli DEKOMS seluruh Sarawak supaya lebih peka dengan keadaan semasa.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an orang ramai agar tidak memandang remeh akan keadaan penularan pandemik ini yang kian bertambah buruk.

“Lihat sahaja keadaan kini dimana anak-anak kita sukar untuk menimba ilmu setelah semua sekolah ditutup.

“Pembelajar­an hanya melalui maya yang dirasakan kurang efektif dibandingk­an dengan pembelajar­an bersemuka dengan guru-guru. Kesian anak-anak kita,” jelasnya.

Mengenai moratorium, beliau menyaranka­n agar diberikan moratorium secara automatik kepada setiap peminjam bagi tempoh kuatkuasan­ya PKP tersebut.

“Khususnya kepada para peniagaan mereka pastinya akan menghadapi kesulitan dalam usaha untuk membayar pinjaman mereka sekiranya, usaha niaga mereka terjejas akibat PKP ini,” ujarnya.

Selain itu, Bujang menasihatk­an para penjaja khususnya mereka yang berjaja di tepi jalan dan di gerai-gerai agar terus mematuhi SOP yang trelah disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu memutuskan rantaian pandemik ini.

“Kita bimbang juga keadaan gerai-gerai ditepi jalan begitu terbuka dan mudah didatngi orang ramai, jadi kita berharap sekiranya mereka dibenarkan berjaja semasa PKP ini, patuhilah sepenuhnya SOP,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BUJANG
BUJANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia