Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Lagi kluster diisytihar­kan di Sarawak

Kluster Jalan Simpang Tiga, Kuching merupakan kluster di tempat kerja melibatkan pusat beli-belah

- Oleh Rusnan Mustafa

"Sejumlah 44 individu telah disaring di mana, 14 kes telah dikesan positif COVID19 termasuk kes indeks, manakala 30 kes didapati negatif."

Kenyataan JPBNS

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytih­arkan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Jalan Simpang Tiga, Kuching semalam. Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan, kluster itu merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah pusat beli-belah di Kenyalang Park, Kuching.

“Sejumlah 44 individu telah disaring di mana, 14 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, manakala 30 kes didapati negatif,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas jawatankua­sa itu, pengesanan kes melibatkan kluster ini masih dijalankan.

Tambahnya, kesemua kes yang didapati positif COVID19 telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching dan Serian bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut.

Selain itu, JPBNS memaklumka­n empat kluster telah tamat setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas.

Empat kluster tersebut melibatkan Kluster Bulatan Aman, Sibu, Kluster Kampung Binyu, Kuching, Kluster Jalan Puncak Borneo, Kuching dan Kluster Jalan Bintulu-Sibu, Tatau.

Manakala, sebanyak 80 kluster masih aktif di Sarawak yang mana 11 kluster telah merekodkan 51 penambahan kes baharu, manakala 69 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

Dalam pada itu, JPBNS memberitah­u Daerah Bau telah kembali ke status Jingga daripada status Merah setelah merekodkan hanya sejumlah 33 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah menurun kepada 24 daerah dan daerah berstatus Jingga meningkat kepada dua daerah.

“Manakala, 10 daerah kekal berstatus Kuning dan empat daerah kekal berstatus Hijau,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia