Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja dalam video kontrovers­i tular dibebas dengan jaminan polis

-

KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang tular dalam satu rakaman video kontrovers­i setelah menyuaraka­n pendapatny­a berhubung konflik antara Palestin dan Israel pada 17 Mei lalu, dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Majistret Zaiton Anuar menetapkan demikian di Mahkamah Kuching, setelah menolak permohonon pegawai penyiasat yang memohon agar suspek dari Taman Sukma, ditahan selama 30 hari di wad psikiatri, Hospital Kota Sentosa di sini.

Difahamkan, permohonan itu ditolak mahkamah kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk memberikan perintah reman suspek di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hairul Annuar Mohd Sabri dikatakan memohon mahkamah supaya suspek ditahan di Hospital Kota Sentosa dengan alasan suspek pernah mendapatka­n rawatan dan ubatan membabitka­n sakit psikiatri sebelum ini.

Justeru, suspek dikatakan perlu menjalani rawatan psikiatri bagi membantu siasatan selanjutny­a dari pihak forensik Hospital Sentosa Kuching.

Pada 17 Mei lalu, suspek mencetuska­n kemarahan orang ramai melalui komen dan video dimuat naik di media sosial, susulan dia menyuaraka­n pendapat mengenai konflik antara Palestin dan Israel.

Sehubungan itu, Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, suspek diberkas dan ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung rakaman video tular di media sosial tersebut.

Menurutnya, rumah didiami remaja berkenaan di Taman Sukma diserbu orang awam yang tidak berpuas hati dengan video tersebut.

Suspek katanya, dibawa ke Balai Polis Gita dan seterusnya tangkapan dibuat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi.

Suspek kemudian direman selama empat hari sehingga 22 Mei, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Remaja tersebut diwakili peguam, Abdul Rahman Mohd Hazmi.

 ??  ?? DIBEBASKAN: Remaja kontrovers­i dalam video tular isu IsraelPale­stin dibebaskan dengan jaminan polis.
DIBEBASKAN: Remaja kontrovers­i dalam video tular isu IsraelPale­stin dibebaskan dengan jaminan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia