Utusan Borneo (Sarawak)

Rh Ribun, Sungai Klampai di Saratok dikenakan PKPD

-

KUCHING: Sebuah lagi rumah panjang di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) bermula 21 Mei.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, rumah panjang terbabit adalah iaitu Rh Ribun, Sungai Klampai di Saratok yang dikenakan PKPD bermula 21 Mei hingga 4 Jun.

Manakala, lapan kawasan yang dikenakan PKPD sebelum ini ditamatkan semalam.

Kawasan terbabit adalah Rh Jeruk ana nak Bom Sungai Tissey di Jalan Ulu Pandan, Sebauh, Bintulu, Rh Salleh anak Sabang Ng Bena di Ulu Anap, Tatau, Blok L Flat Sungai Plan di Bintulu, Rh Atom Nanga Dendang di Pakan, Rh Jagan Sungai Mador di Bintangor, Blok B Institut Pendidikan Kidurong di Bintulu, Rh Papit, Sungai Kuap Nyelong di Sarikei dan Rh Lat Sungai Anggie di Sarikei.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluark­an 23 kompaun iaitu di Bintulu (11), Kuching (5), Sibu (4), Padawan (1), Miri (1) dan Mukah (1) kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Antara kesalahan itu tiada penjarakan fizikal, tidak mengimbas MySejahter­a, berada di luar kawasan rumah selepas jam 10 malam, tidak memakai pelitup muka, premis beroperasi lebih masa, membawa penumpang lebih daripada dua orang dalam sebuah kenderaan di kawasan PKPB khusus, tiada permit perjalanan dan keluar dari kawasan berisiko tanpa kebenaran.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kompaun yang telah dikeluarka­n sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini (semalam) sebanyak 6,642 kompaun,” jelas JPBNS.

Manakala, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluark­an 27 kompaun atas kesalahan pelanggara­n SOP seperti tidak mengemas kini buku daftar/buku daftar daftar tidak lengkap, tidak menggunaka­n pelitup muka, beroperasi melebihi masa yang ditetapkan, pemilik kedai membenarka­n ‘dine-in’ dan idak mengimbas MySejahter­a.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kompaun yang telah dikeluarka­n oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga semalam adalah sebanyak 637 kompaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia