Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sepupu tak mengaku seludup warga Indonesia

-

KUCHING : Dua sepupu masing-masing mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas tuduhan menyeludup lapan migran warga Indonesia yang dilakukan mereka pada Mac lalu.

Tchong Boon Siong, 22, dan Tchong Chen Pheng, 30, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan perbuatan tersebut pada 6 Mac lalu, jam lebih kurang 9.30 malam di persimpang­an kilometer 7, Jalan Kampung Padang Pan/Kampung Gumbang, Bau.

Mereka yang bekerja sendiri itu masing-masing didakwa mengikut Seksyen 26 A Akta Anti pemer dagangan Orang dan Anti penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Yong Suk Hui memohon kepada mahkamah agar kedua-dua tertuduh tidak diberikan ikat jamin.

Jelas beliau, kesalahan yang dilakukan mereka termasuk dalam kesalahan sekuriti yang disenaraik­an di dalam Jadual Pertama di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Namun, peguam Lim Lian Kee yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon kepada mahkamah agar anak guamnya diberikan ikat jamin atas alasan mahkamah mempunyai kuasa dan budi bicara untuk memberikan jaminan.

Beliau turut memetik kes terdahulu membabitka­n Koh Chin Wah yang didakwa mengikut Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan kemudianny­a dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM20,000 tunai berserta seorang penjamin tempatan oleh Mahkamah Persekutua­n pada Disember 2020 setelah direman selama hampir empat tahun.

Sehubungan itu, mahkamah membenarka­n kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah RM20,000 dengan RM10,000 didepositk­an berserta dua penjamin tempatan bagi setiap seorang.

Mahkamah juga mengarahka­n kedua-dua tertuduh untuk menyerahka­n dokumen perjalanan termasuk pasport kepada mahkamah, selain menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 1 hingga 3 November depan.

Kedua-dua tertuduh juga diperintah­kan untuk melaporkan diri ke balai polis berdekatan sekali minggu.

 ??  ?? NAFI: Chen Pheng (kanan) dan sepupunya, Boon Siong (tengah) bersama peguam mereka Lim (kiri).
NAFI: Chen Pheng (kanan) dan sepupunya, Boon Siong (tengah) bersama peguam mereka Lim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia