Utusan Borneo (Sarawak)

Tokong boleh dibuka sempena Hari Wesak kecuali di kawasan PKPD

-

KUCHING: Pembukaan tokong bagi aktiviti keagamaan sempena Hari Wesak pada 26 Mei ini dibenarkan kecuali bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Mengikut garis panduan (SOP) yang dikeluarka­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), pembukaan tokong dibenarkan dari jam 8 pagi hingga 9 pagi bagi semua zon.

Bagaimanap­un, jumlah kehadiran yang dibenarkan hanya 20 orang dan terhad untuk ahli jawatankua­sa dan ahli Sangha sahaja.

“Bagi Zon Kuching (Kuching, Samarahan dan Serian), tokong dibenarkan dibuka kepada umum dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

“Kemasukan adalah terhad kepada 50 orang sahaja bagi tokong dengan kapasiti lebih daripada 1,000 orang.

“Manakala tokong dengan kapasiti kurang daripada 1,000 orang jumlah kemasukan terhad kepada 20 orang sahaja,” katanya menambah aktiviti memandikan patung Buddha adalah tidak dibenarkan. JPBNS dalam pada itu menasihatk­an pengunjung supaya sentiasa mengekalka­n jarak satu meter ketika berada di tokong, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

Individu yang tidak sihat atau mempunyai simptom seperti demam, batuk, selesema atau sukar bernafas tidak dibenarkan memasuki tokong.

Warga emas dan kanakkanak berumuar 12 tahun ke bawah serta mereka yang mempunyai penyakit kronik tidak digalakkan untuk berkunjung ke tokong.

Jawatankua­sa pengurusan tokong dalam pada itu diminta untuk melantik sekurangku­rangnya dua warden atau anggota RELA untuk memantau pematuhan SOP.

Pihak jawatankua­sa pengurusan tokong juga perlu memastikan semua pengunjung ke tokong mendaftar kehadiran menerusi MySejahter­a atau mengisi buku rekod kehadiran.

Sambutan Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha yang melambangk­an kelahiran, kesedaran dan kematian Gautama Buddha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia