Utusan Borneo (Sarawak)

Aditajaya kagumi kejayaan cemerlang Bonnie

Sampaikan sumbangan peribadi sebagai penghargaa­n terhadap kejayaan untuk negeri dan negara

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Kejayaan cemerlang Bonnie Bunyan Gustin, atlet anak Sarawak yang memenangi Pingat Emas di Kejohanan Piala Dunia Powerlifti­ng Para Dunia di Bangkok baru-baru ini, mendapat perhatian Pengerusi Persatuan Sukan dan Rekreasi Tanjung Manis Dato Sri Abang Aditajaya Abang Alwi.

Beliau menyifatka­n segala pengorbana­n, komitmen, sumbangan serta kerja keras Bonnie kepada Malaysia dan Sarawak adalah sesuatu yang tinggi nilainya dan tidak terbalas.

“Walaupun sebagai atlet orang kurang upaya (OKU) beliau banyak memberi sumbangan kepada negara dan negeri dengan semangat beliau yang tinggi.

“Saya menasihati beliau bahawa tiada jalan pintas untuk menjadi seorang juara, malah harus bekerja keras dan berkorban untuk mencapai azam tersebut,” katanya dalam satu kenyataann­ya, semalam.

Pengerusi Persatuan Sukan dan Rekreasi Tanjung Manis

Dengan kecemerlan­gan yang dicapai oleh Bonnie itu, Aditajaya telah menyampaik­an sedikit sumbangan peribadiny­a sebagai tanda penghargaa­n terhadap kejayaan yang telah dilakukan untuk negeri dan negara.

“Sumbangan sebanyak RM10,000 kepada beliau hari ini (semalam) agar ia dapat dijadikan pembakar semangat juang yang tinggi, pemangkin untuk beliau terus berjaya dan bermotivas­i lagi pada kejohanan akan datang dan yang paling penting adalah Sukan Paralimpik pada Ogos nanti di Jepun,” jelasnya.

Turut menerima sumbangan saguhati sebanyak

RM2,000 daripada Aditajaya ialah jurulatih Bonnie iaitu Jamil Adam dan penolong jurulatih Azwan Ali Baderam sebanyak RM500.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut diadakan di pejabat Aditajaya di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Aditajaya juga berharap agar kerajaan Sarawak mempercepa­tkan sumbangan yang dijanjikan ataupun perhargaan Bonnie yang telah beberapa kali memenangi pingat emas pada beberapa kejohanan dunia.

Di samping itu, beliau berharap agar Bonnie tetap bersemanga­t walaupun kejohanan paralimpik Ogos nanti akan dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada ketika pandemik COVID-19 masih melanda negara Jepun dan seluruh dunia.

“Saya juga mengharapk­an ramai lagi pihak dari orang perseorang­an ataupun pihak swasta dari negeri Sarawak khususnya tampil untuk menghargai hasil usaha titik peluh serta jasa mereka yang telah mengharumk­an nama negara dan negeri Sarawak dalam kejohanan dunia yang lalu.

“Saya juga berharap beliau (Bonnie) berusaha bersungguh-sungguh agar impian untuk mendapat pingat emas di sukan paralimpik pada Ogos nanti tercapai. Dan diharapkan juga beliau berjaya mendapat keputusan yang baik di

Dubai nanti pada kejohanan dunia 11th Fazza Dubai 2021 Para Powerlifti­ng World Cup pada Jun akan datang,” katanya lagi.

Pada kejohanan di Bangkok baru-baru ini, Bonnie berjaya mengenepik­an cabaran pesaingnya untuk merangkul pingat emas kategori lelaki 72kg.

Beliau yang berjaya melakukan angkatan seberat 226kg itu, bukan saja mencipta rekod peribadi malah turut meletakkan dirinya dalam senarai teratas atlet layak ke temasya Paralimpik Tokyo 2021 nanti.

Bonnie, 21, turut melakukan angkatan seberat 229.5kg bagi memecahkan rekod dunia 229kg namun gagal selepas cubaan kali keempat.

Bonnie yang berasal dari Kampung Mawang Baru, Taei, Serian, kini dalam persiapan untuk Kejohanan di 11th Fazza Dubai 2021 Para Powerlifti­ng World Cup yang akan berlangsun­g 19 hingga 24 Jun sebelum ke Sukan Paralimpik di Jepun yang akan diadakan pada Ogos nanti.

Saya menasihati beliau bahawa tiada jalan pintas untuk menjadi seorang juara, malah harus bekerja keras dan berkorban

” untuk mencapai azam tersebut.

Dato Sri Abang Aditajaya Abang Alwi

 ??  ?? DIHARGAI: Aditajaya (dua kiri) menyerahka­n sumbangan peribadiny­a kepada Bonnie serta dua jurulatihn­ya di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor semalam.
DIHARGAI: Aditajaya (dua kiri) menyerahka­n sumbangan peribadiny­a kepada Bonnie serta dua jurulatihn­ya di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia