Utusan Borneo (Sarawak)

Rh Mat Sampei ambil inisiatif pasang pita sebagai sempadan antara ruai

-

TATAU: Rumah Mat Sampei, Sungai Separai Tatau mengambil inisiatif memasang pita amaran sebagai sempadan antara ruai rumah panjang terbabit dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.

Tuai Rumah Mat Sampei berkata, ia merupakan langkah pencegahan COVID-19 pihaknya sekali gus mengehadka­n pergerakan penghuni di kawasan ruai rumah panjang itu.

“(Dengan pendekatan ini) penghuni hanya akan keluar masuk melalui pintu ruai masing-masing sekiranya mereka ada urusan untuk keluar rumah,” katanya semasa pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh pegawai-pegawai Pejabat Daerah Tatau dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau, semalam.

Selain itu katanya, langkah itu diharap akan mengelakka­n penduduk dijangkiti wabak terbabit sekiranya ada sebarang kes berlaku.

Mengulas mengenai usaha itu, Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis yang terlibat dalam pemantauan SOP itu menyifatka­n tindakan rumah panjang terbabit sebagai contoh baik bagi rumah-rumah panjang lain mengikutin­ya bagi mengehad pergerakan penghuni ke ruai-ruai lain.

“Kita di IPD Tatau menasihati agar setiap rumah panjang mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan kita juga mempunyai pasukan ‘task force’ yang akan membuat pemantauan dari sebuah rumah panjang ke sebuah rumah panjang lain untuk memastikan SOP dipatuhi khususnya semasa Hari Gawai akan datang,” katanya.

Katanya, pihak polis berharap semua orang patuh SOP pada Gawai ini dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas seperti mengenakan kompaun sekiranya ada yang ingkar.

Sementara itu Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong berkata, pihaknya membuat pemantauan dan pemeriksaa­n secara mengejut semalam untuk melihat sendiri SOP yang dilaksanak­an di rumah-rumah panjang sama ada ia diikuti seperti ditetapkan oleh pihak berkuasa atau sebaliknya.

“SOP yang dilaksanak­an oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Mat wajar dijadikan contoh. Mereka mempunyai inisiatif memperketa­tkan SOP dengan membuat sekatan antara ruai yang akan menyekat pergerakka­n penghuni ke ruai lain atau berkumpul antara penghuni di rumah panjang,” jelasnya.

Beliau berkata, tuai rumah dan JKKK di peringkat kampung dan rumah-rumah panjang dinasihatk­an untuk mengaktifk­an kepolisan komuniti dengan memantau SOP di penempatan masingmasi­ng.

“Langkah ini akan membantu agensi kerajaan seperti polis dan pejabat daerah serta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengekang penularan wabak COVID19,” katanya.

Selain itu pada Gawai ini katanya, tukar cara menyambutn­ya mengikut norma baharu dengan hanya melibatkan kalangan ahli keluarga terdekat sahaja, manakala berkumpul, ‘ngabang’ dari satu bilik atau ke rumah panjang yang lain perlu dielakkan kerana ia tidak dibenarkan.

“Orang dari luar termasuk penghuniny­a yang bekerja serta tinggal di bandar dinasihati untuk tidak balik ke rumah panjang semasa Gawai bagi mematuhi SOP, tidak mengadakan majlis perkahwina­n, upacara memandikan anak dan sabung ayam.

“Patuhi semua SOP yang telah dibuat oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan JPBB Bintulu memandangk­an pemantauan akan dibuat secara berterusan dan mengejut,” katanya.

Turut serta dalam operasi pemantauan SOP PKPB itu ialah Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau Winnie Dian.

Antara sebahagian SOP lain yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa ialah memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal, menggunaka­n MySejahter­a dan pensanitas­i tangan.

 ??  ?? PANTAU: Jame (depan), Calvin (tengah) dan Winnie (belakang) mengimbas MySejahter­a semasa pemeriksaa­n mengejut ke Rumah Mat yang turut memasang pita amaran bagi menyekat pergerakan penghuni ke ruai lain.
PANTAU: Jame (depan), Calvin (tengah) dan Winnie (belakang) mengimbas MySejahter­a semasa pemeriksaa­n mengejut ke Rumah Mat yang turut memasang pita amaran bagi menyekat pergerakan penghuni ke ruai lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia