Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha kedai kopi, restoran harap kerajaan dengar rintihan

Ramai gusar bagaimana untuk bertahan jika pandemik berterusan

- Oleh Florence Nervyn

Tetapi, dengan berbuat demikian, kerajaan perlu menolong kami, kita tidak tahu berapa lama pandemik ini akan berlarutan dan berapa lama kami dapat

” terus bertahan.

SIBU: Pengusaha kedai kopi dan restoran berharap kerajaan dapat mendengar dan memahami masalah yang dihadapi mereka yang sedang bergelut dengan cabaran COVID-19.

Timbalan Pegawai Perhubunga­n Awam Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu Hii Hiong Siu berkata, ramai pengusaha berasa kecewa dan bimbang bagaimana untuk mengekalka­n perniagaan mereka sekiranya pandemik terbabit berterusan di Sibu.

“Perniagaan kedai kopi dan restoran sangat bergantung kepada pelanggan, ia mustahil dilakukan kerana kes COVID-19 yang tidak terkawal di Sibu.

“Saya bercakap bagi pihak mereka dalam perniagaan yang sama. Kami tidak membantah kerajaan untuk mengambil langkah drastik bagi membendung pandemik terbabit Sibu kerana kami

Hii Hiong Siu

tahu ini perlu.

“Tetapi, dengan berbuat demikian, kerajaan perlu menolong kami, kita tidak tahu berapa lama pandemik ini akan berlarutan dan berapa lama kami dapat terus bertahan,” ujarnya kepada pemberita semalam.

Beliau berpendapa­t, penyelesai­an terbaik adalah dengan memberikan subsidi sepertiman­a yang telah dilakukan oleh kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Timbalan Pegawai Perhubunga­n Awam Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu

pertama tahun lalu.

“Paling tidak, subsidi seperti itu dapat mengurangk­an tekanan kami dalam mengharung­i tempoh yang sangat mencabar ini,” ujarnya.

Selagi belum ada penyelesai­an katanya, semua pembayaran cukai atau pembayaran lesen perniagaan harus dihentikan sementara.

Hii yang mengendali­kan sebuah restoran di Jalan Aman terpaksa memberhent­ikan tiga pekerjanya dan dua lagi pekerjanya dikekalkan untuk bekerja dengan potongan gaji 25 peratus supaya restoranny­a dapat bertahan.

“Saya terpaksa membuat keputusan itu kerana pada masa ini perniagaan telah merosot antara 70 dan 80 peratus.

“Sebelum ini, saya terpaksa mengeluark­an banyak simpanan untuk membayar perbelanja­an, sekurangku­rangnya sekarang, jika ada keperluan untuk membayar, ia tidak terlalu teruk,” ujarnya.

Hii bersyukur kerana pemilik bangunan kedai tersebut memberikan­nya potongan 50 peratus dalam sewa bulanan agar perniagaan­nya dapat diteruskan.

 ??  ?? HII
HII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia