Utusan Borneo (Sarawak)

PKKDS sokong Dr Rundi kekal calon DUN Kemena

-

BINTULU: Persatuan Ketua Kaum Daerah Sebauh (PKKDS) sebulat suara menyokong Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom kekal sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

PKKDS juga memberi sokongan padu kepada Dr Rundi untuk terus menerajui Kementeria­n Utiliti yang sangat relevan dalam memenuhi aspirasi rakyat luar bandar.

Pengerusin­ya Tuai Rumah Justin Agas Guang berkata, komitmen Dr Rundi menyelesai­kan masalah rakyat dan membangunk­an DUN Kemena merupakan asas sokongan padu diberikan demi pembanguna­n Kemena secara berterusan.

Pada masa sama, Dr Rundi juga amat mengutamak­an kebajikan rakyat di kawasannya sejak menjadi wakil rakyat di

Kemena.

“Sepanjang empat penggal menjadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kemena, pelbagai projek pembanguna­n dilaksanak­an menerusi Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) dan Program Penambahba­ikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) bagi memastikan rakyat kawasan Kemena tidak terpinggir,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kebanyakan rumah panjang di luar bandar kawasan Kemena kini menikmati pelbagai kemudahan bekalan air terawat, bekalan elektrik termasuk Projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif

Luar Bandar Sarawak (SARES) serta kemudahan infrastruk­tur dan sebagainya.

“Memandangk­an beliau merupakan anak jati (Kemena) sudah pastinya memahami kehidupan serta masalah rakyat di sini,” katanya.

Justeru, PKKDS tidak menyokong mana-mana calon lain selain Dr Rundi kerana melihat siapa bekerja untuk rakyat dan bukannya hanya bercakap kosong sahaja.

“Kami berharap agar semua rakyat DUN Kemena tidak keliru dengan manamana pihak mempunyai kepentinga­n peribadi kerana Dr Rundi masih menjadi calon di DUN Kemena,” katanya.

 ??  ?? JUSTIN
JUSTIN
 ??  ?? BANTUAN: Ahli Jawatankua­sa SPBB dan Pusat Khidmat DUN Jepak (dua kanan) menyampaik­an sumbangan bantuan kepada isteri Abdul Hamid semalam.
BANTUAN: Ahli Jawatankua­sa SPBB dan Pusat Khidmat DUN Jepak (dua kanan) menyampaik­an sumbangan bantuan kepada isteri Abdul Hamid semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia