Utusan Borneo (Sarawak)

JPBB Bintulu ambil langkah proaktif bendung COVID-19

Beberapa inisiatif dilaksana dalam usaha menurunkan jumlah kes yang agak membimbang­kan sejak dua bulan lepas

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu telah melaksanak­an beberapa langkah ketat untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Bintulu sekali gus berusaha menurunkan jumlah kes yang meningkat dan agak membimbang­kan sejak dua bulan lepas.

Pengerusin­ya merangkap Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata, langkah proaktif yang diambil pihaknya adalah melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Prosedur Operasi Standard (SOP) Diperketat­kan, pengesanan kes aktif (ACD) COVID-19, perintah sekatan pergerakan, sekatan jalan raya (SJR) dan operasi pematuhan SOP.

Sehingga kini katanya, sebanyak 185 ACD dan 35 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dilaksanak­an dengan 150 daripadany­a telah ditamatkan.

“Sebanyak 22 SJR dan Operasi Pemantauan Pematuhan SOP masih beroperasi di Bahagian Bintulu,” ujarnya semasa menyampaik­an Taklimat Khas Situasi Pandemik COVID-19 di Bintulu di sebuah hotel di sini Rabu lalu.

Taklimat itu dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Utiliti selaku penyelaras JPBB Bintulu Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China merangkap Ahli Parlimen

Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Intergriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Amar Jaul Samion.

Dalam perkembang­an lain katanya, seramai 148,635 orang atau 76 peratus individu di Bintulu telah mendaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 sehingga 17 Mei 2021.

Katanya, daripada jumlah itu 105,897 orang mendaftar menggunaka­n aplikasi MySejahter­a, manakala 42,738 orang mendaftar secara manual.

“Tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dibuka di Bahagian Bintulu terdiri Dewan Sukan Tatau di daerah

Sebanyak 22 SJR dan Operasi Pemantauan Pematuhan SOP masih beroperasi di Bahagian Bintulu.

Jack Aman Luat

Pengerusi JPBB Bintulu

Tatau dengan kapasiti 400 orang sehari, Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) untuk daerah Bintulu membabit 1,200 orang sehari dan Balai Raya Sebauh di daerah Sebauh untuk 400 orang sehari,” katanya.

Tambahnya, hanya Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Wisma Bintulu untuk kapasiti 400 orang sehari masih belum dibuka untuk PPV.

“JPBB Bintulu turut menyediaka­n Pelan Program Vaksinasi di kawasan pedalaman Bintulu melalui ‘Flying Doctor Service (FDS),’ ‘Rural Clinic Visiting Doctor (RCVD)’ dan menggunaka­n bot dengan anggaran populasi yang divaksin di kawasan pedalaman adalah 13,410 orang,” katanya.

Selain itu katanya, terdapat 48 stesen kuarantin dengan jumlah bilik (hotel) ialah 2,052 untuk ‘Person Under Surveillan­ce (PUS)’ dan kontak rapat yang mana bilik disediakan itu sehingga kini telah dihuni sekitar 86 peratus.

“Manakala enam dewan dan empat hotel dengan 1,520 katil telah dijadikan tempat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC),” tambahnya.

Mengulas mengenai Makmal Ujian Saringan COVID19 katanya, Hospital Bintulu melakukan ujian dalam 600 hingga 800 sehari dan Pejabat Kesihatan Bahagian pula melakukan ujian 800 hingga 1,000 sehari.

 ??  ?? TAKLIMAT: Jack menyampaik­an taklimatny­a mengenai situasi pandemik COVID-19 di Bintulu.
TAKLIMAT: Jack menyampaik­an taklimatny­a mengenai situasi pandemik COVID-19 di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia