Utusan Borneo (Sarawak)

RedONE bawa perkhidmat­an mudah alih pascabayar bajet ke Thailand

-

KUCHING: Red One Network (Thailand) Co., Ltd (redONE), pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) secara rasmi melancarka­n perkhidmat­an mudah alihnya di bawah jenama redONE di Thailand.

Menerusi pelancaran itu, redONE memperkena­lkan Pelan Amazing bulanan yang menawarkan perkhidmat­an pascabayar kos rendah bermula pada kadar paling murah iaitu hanya 99 baht sebulan.

Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2021, redONE merupakan MVNO pertama yang menyediaka­n pelan bulanan kos rendah sesuai dengan falsafahny­a ‘Kembali kepada Asas’ yang bermaksud pelan sederhana tanpa caj yang tidak perlu atau bayaran tersembuny­i.

Hasilnya, redONE diterima baik dan sejak itu pelanggann­ya meningkat menjadi 1.2 juta dan berjaya menerima pelbagai anugerah.

Pada tahun 2019, jenama ini dilancarka­n di Singapura dan redONE merancang untuk berkembang ke negara-negara ASEAN yang lain bagi menjadi penyedia perkhidmat­an MVNO terbesar di rantau ini menjelang 2022.

Kini jenama ini memasuki pasaran Thailand yang dinamik, yang terus berkembang dengan 93.3 juta pengguna mudah alih.

Pengarah redONE Network (Thailand) Surachet Chaipatama­nont berkongsi bahawa jenama itu mempunyai lebih satu bilion baht dalam pelaburan jangka panjang.

“Pelaburan ini membolehka­n kami memberikan perkhidmat­an kepada pelanggan Thailand di bawah frekuensi rangkaian 2100 MHz dan 2300 MHz, meliputi 97 peratus kawasan perkhidmat­an di Thailand dengan isyarat bermula dari 2G, 3G, 4G dan 5G,” katanya.

Bukan hanya harga yang menarik dan liputan isyarat yang akan mendorong kejayaan redONE.

Model perniagaan redONE merupakan kekuatan utamanya yang menjadikan jenama ini berbeza kerana tumpuan diberikan kepada membimbing rakan jualan untuk menjadi usahawan dengan pelbagai faedah kewangan dan pendapatan berulang jangka panjang.

“Kami percaya model perniagaan kami, yang telah terbukti hasilnya di Malaysia dapat dieksport ke pasaran serantau lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan redONE Farid Yunus.

“Di sebalik kesulitan yang ditimbulka­n oleh pandemik, redONE akan dilancarka­n di negara lain sebelum akhir tahun ini dengan sasaran akhir untuk meliputi seluruh ASEAN,” tambah Farid.

 ??  ?? LEBARKAN SAYAP: Surachet (tengah) bersama Ketua Pegawai Teknologi redONE Thailand Suwit Manggomsil­anon (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif redONE Thailand Tay Pei Seng.
LEBARKAN SAYAP: Surachet (tengah) bersama Ketua Pegawai Teknologi redONE Thailand Suwit Manggomsil­anon (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif redONE Thailand Tay Pei Seng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia