Utusan Borneo (Sarawak)

BigPay dipilih untuk program eBelia, boleh tuntut kredit RM150 mulai 1 Jun

-

KUCHING: BigPay dipilih oleh kerajaan Malaysia sebagai salah satu saluran rasmi untuk tuntutan kredit bagi inisiatif eBelia.

Mulai 1 Jun, warganegar­a Malaysia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar separuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar boleh menuntut RM150 terus daripada aplikasi BigPay.

Menjelang pelancaran rasmi, para pengguna digalakkan untuk mendaftar akaun BigPay yang mudah dan mendapatka­n kad mereka secepat mungkin supaya mereka dapat menuntut RM150 mulai 1 Jun.

Pengguna baharu juga dapat menikmati bonus RM20 percuma semasa pendaftara­n menggunaka­n kod promosi: PCEBELIABP.

“Kami berbesar hati untuk menjadi salah satu saluran terpilih oleh kerajaan bagi inisiatif eBelia ini.

“Program ini akan mendorong belia di Malaysia untuk menyokong perniagaan tempatan dan berbelanja secara digital, seterusnya mendorong belia ke arah kebebasan kewangan selari dengan misi utama kami,” katanya Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay, Salim Dhanani.

Tambahnya, Generasi Z mencari pengalaman yang lebih intuitif berkaitan dengan keperluan kewangan mereka yang diintegras­ikan dengan teknologi yang telus dan diperibadi­kan.

Mereka juga ingin menabung dan merancang masa depan hanya di hujung jari.

Ciri-ciri aplikasi BigPay, daripada penjejakan perbelanja­an bersepadu, pecahan bil hingga insurans mikro, membolehka­n pengguna mengawal kewangan mereka dan memupuk pengurusan kewangan yang lebih baik.

Kad BigPay juga boleh digunakan di lebih dari 800,000 lokasi di Malaysia, sama ada di luar talian secara fizikal atau dalam talian melalui e-dagang.

Pendaftara­nnya juga amat mudah dan semuanya dilakukan secara digital melalui aplikasi BigPay dengan teknologi eKYC untuk mengakses semua ciri-ciri yang tersedia.

Selain kredit bernilai RM150 dan kod promosi istimewa yang dinyatakan, BigPay juga bakal memberikan pelbagai tawaran menarik kepada para pengguna eBelia.

Untuk maklumat lanjut layari www.bigpayme.com/ ebelia dan untuk memuat turunaplik­asiditelef­onbimbit anda, klik https://bigpay. app.link/DOXxuF70og­b.

 ??  ?? JANGAN LEPASKAN: Dapatkan BigPay sekarang, tuntut kredit eBelia RM150 mulai 1 Jun 2021.
JANGAN LEPASKAN: Dapatkan BigPay sekarang, tuntut kredit eBelia RM150 mulai 1 Jun 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia