Utusan Borneo (Sarawak)

SBE komited bantu ahli terkesan akibat COVID-19

-

KUCHING: Persatuan Acara Perniagaan Sarawak (SBE) yang baharu didaftarka­n komited membantu ahlinya yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Presidenny­a Frederick Ho berkata, sebagai persatuan acara perniagaan pertama di Malaysia, SBE segera memberi perhatian kepada kesihatan dan kesejahter­aan ahlinya yang terjejas akibat pandemik ini.

“Kami akan cuba mengenal pasti cara untuk membantu mereka. Bagi tujuan itu kami telah menubuhkan jawatankua­sa bagi tujuan khas membantu ahli kami dan industri melalui masa sukar ini,” katanya.

Antara lain tujuan penubuhan SBE adalah untuk mempromosi pembanguna­n acara perniagaan dan memudahkan peluang bagi kajian dan pembanguna­n acara perniagaan.

SBE menurut Ho juga akan menganjurk­an beberapa program pendidikan untuk ahlinya.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk kita mengadakan program pendidikan berikutan pandemik yang menjejaska­n kebanyakka­n perniagaan.

“Kami mahu membantu ahli kami dengan menjalanka­n program ini dimana mereka dapat meningkatk­an kemahiran mereka dan menjadi profesiona­l yang diperakui yang dapat membantu mereka apabila situasi bertambah baik,” kata Ho.

Antara program yang akan dijalankan menerusi webinar termasukla­h Pengurusan Pameran

Diperakui (CEM), Pakar Insentif Diperakui (CIS) dan Pensijilan Profession­al Acara Mampan (SEPC).

Terdapat juga ceramah mengenaiko­munikasipe­masaran, penjenamaa­n dan pengurusan jenama termasuk matlamat pembanguna­n mampan dalam industri acara.

Mereka yang berminat menjadi ahli SBE boleh hubungi ketua perkhidmat­an dan pembanguna­n KC Bong menerusi talian 016-888 2277 atau e-mel kepada sbe. assoc@gmail.com.

 ??  ?? KHIDMAT KHAS: Anggota bomba melakukan kerja-kerja sanitasi awam di rumah panjang yang menjalani PKPD.
KHIDMAT KHAS: Anggota bomba melakukan kerja-kerja sanitasi awam di rumah panjang yang menjalani PKPD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia