Utusan Borneo (Sarawak)

OKU Sarawak bakal kemuka memorandum perjuang hak

Mohon pertimbang­an daripada kerajaan negeri dan persekutua­n

-

KUCHING: Golongan orang kurang upaya (OKU) menerusi beberapa pertubuhan menuntut beberapa perkara menerusi memorandum yang diserahkan kepada kerajaan negeri dan persekutua­n.

Presiden Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) Rapelson Richard Hamit berkata, satu memorandum sebelum ini telah dikemukaka­n kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg oleh Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia, Cawangan Sarawak Isak Ngau semasa kunjungan bersama pada 27 April lepas.

“OKU Sarawak juga berhasrat agar menghantar memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri untuk menuntut keperluan OKU secara menyeluruh lebihlebih lagi keperluan OKU bagi menghadapi pandemik COVID-19 ini.

“Memorandum akhir ini telah ditulis dan dipersetuj­ui bersama oleh Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS), Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia, Cawangan Sarawak dan Persatuan Insan Istimewa Daro dan Matu (IDAM),” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Menurut Rapelson, antara kandungan memorandum tuntutan OKU kepada kerajaan negeri dan persekutua­n termasuk memohon agar Bantuan Sarawakku Sayang (BKSS) RM250 dilanjutka­n daripada enam bulan kepada 12 bulan sepanjang pandemik.

Selain itu, memorandum

Presiden PERAIS

juga menggesa Elaun Pekerja Cacat (EPC) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berjumlah RM450 ditambah oleh kerajaan negeri sebanyak RM150, menjadikan EPC sebanyak RM600 sepanjang pandemik.

“Kami juga memohon bantuan ‘one off’ sebanyak RM500 kepada semua golongan OKU bagi membantu OKU yang terjejas dan hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Memorandum juga memohon pemberian geran kepada pengusaha dan peniaga OKU untuk membantu pengusaha dan peniaga OKU daripada gulung tikar. Geran perniagaan ini akan digunakan sebagai modal suntikan bagi memulakan kembali perniagaan,” katanya.

Memorandum yang juga disertai Persatuan Insan Istimewa Daro dan Matu (IDAM) Antonie Zawie Demit, turut menyatakan memohon kebenaran pembukaan semula pusat urut tradisiona­l OKU.

“Sesungguhn­ya golongan OKU keliru tentang arahan pusat urut diarahkan ditutup kerana alasan berkontak rapat dengan pelanggan.

“Namun tidak bagi premis gunting rambut atau salon di mana situasinya sama dengan pusat urut tapi dibenarkan beroperasi,” katanya.

Antara kandungan lain dalam memorandum memperkena­lkan semula bil telekomuni­kasi, elektrik dan air separuh harga, tambang pengangkut­an bas, cukai rumah dan lesen perniagaan percuma, tambang penerbanga­n separuh harga, pembelian kenderaan nasional separuh harga dan sebagainya.

Bagi peniaga OKU yang layak menerima geran perniagaan PENJANA juga seharusnya juga layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kerana didapati bahawa OKU di Sarawak yang mendapat geran perniagaan PENJANA menyebabka­n BPR mereka telah dipotong tanpa makluman terlebih dahulu.

OKU Sarawak juga berhasrat agar menghantar memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri untuk menuntut keperluan OKU secara menyeluruh lebih-lebih lagi keperluan OKU bagi menghadapi pandemik

COVID-19 ini.

Rapelson Richard Hamit

Cipta Reforestat­ion sumbang peralatan kepada petugas polis

TATAU: Cipta Reforestat­ion Sdn Bhd telah menyampaik­an sumbangan kepada petugas barisan hadapan membabitka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau pada petang Isnin lalu.

Sumbangan bagi pihak syarikat itu telah disampaika­n Pengurusny­a Tuai Rumah Gilbert Ngadi kepada Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis serta disaksikan Eugene John Sikie yang mewakili Pusat Khidmat Dewan Undang Negeri (DUN) Kakus.

Sumbangan itu berupa dua unit cerek elektrik, papan tanda sekatan jalan raya dan dua unit kanopi.

Menurut kenyataan syarikat terbabit, sumbangan yang diberikan itu bertujuan menghargai sumbangan petugas barisan hadapan dan untuk melancarka­n tugas pihak berkuasa terbabit dalam mengadakan sekatan jalan raya.

“PDRM juga banyak memainkan peranan dalam mengekang penularan COVID-19 terutamany­a dengan pelaksanaa­n tugas mereka mengadakan sekatan jalan selama 24 jam supaya tidak berlaku rentas zon oleh penduduk bagi mengekang penularan wabak,” tambahnya.

 ??  ?? BERMANFAAT: Gilbert (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Jame.
BERMANFAAT: Gilbert (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Jame.
 ??  ?? KEMUKA: Rapelson (kiri) dan Isak mewakili golongan OKU Sarawak bakal mengemukak­an memorandum kepada kerajaan persekutua­n mengenai hak mereka.
KEMUKA: Rapelson (kiri) dan Isak mewakili golongan OKU Sarawak bakal mengemukak­an memorandum kepada kerajaan persekutua­n mengenai hak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia