Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah kerajaan Sarawak membeli sendiri bekalan vaksin Sinovac tepat

-

KUCHING: Langkah kerajaan Sarawak membeli sendiri bekalan vaksin Sinovac adalah tepat bagi mempercepa­tkan program vaksinasi di negeri ini.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Pete Minos berkata vaksinasi adalah satu-satunya jawapan untuk melawan virus COVID-19 ini.

“Kebenaran yang diberikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sarawak untuk membeli sendiri satu juta vaksin Sinovac adalah berita baik.

“Kita (Sarawak) tidak dapat hanya menunggu daripada kerajaan persekutua­n untuk memyediaka­n bekalan vaksi.

“Sarawak mampu membeli vaksin sendiri, jadi mengapa tidak membelinya,” katanya.

Tambah Minos, rakyat Sarawak amat memerlukan bekalan vaksin ini bagi melawan virus ini daripada terus menular di negeri ini.

Jika semua rakyat Sarawak divaksin pada Disember ini ia pastinya akan memberi kelegaan kepada semua.

“Kerajaan Sarawak terutama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilihat berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamata­n rakyat negeri ini.

“Ini adalah bukti keprihatia­n beliau terhadap rakyat negeri ini lebih-lebih lagi ketika seluruh negara berdepan dengan pandemik COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Menteri pada sidang media di Bintulu, Rabu, berkata kerajaan pusat membenarka­n Sarawak membeli vaksin COVID-19 sendiri dalam usaha mempercepa­tkan Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan di negeri ini.

Kebenaran itu katanya, dinyatakan Perdana Menteri dalam pertemuan bersamanya pada dua minggu lepas.

Sebagai permulaan kata Abang Johari, kerajaan negeri akan membeli 500,000 dos vaksin Sinovac untuk fasa pertama manakala 500,000 dos lagi untuk fasa kedua.

 ??  ?? MINOS
MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia