Utusan Borneo (Sarawak)

30 syarikat besar di N.Sembilan setuju beli vaksin sendiri: Exco

-

SEREMBAN: Kira-kira 30 syarikat besar di Negeri Sembilan bersetuju untuk membeli vaksin sendiri bagi menangani masalah penularan COVID-19 dalam kluster pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pelaburan, Perindustr­ian, Keusahawan­an, Pendidikan dan Modal Insan Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek.

Mohamad Rafie berkata, kesediaan syarikat tersebut dalam pembelian vaksin dapat memanfaatk­an hampir 20,000 pekerja dan kerajaan negeri sedang berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) bagi membantu syarikat tersebut mendapatka­n vaksin COVID-19.

“Kebanyakan kluster di negeri ini berlaku di sektor perkilanga­n, contohnya Kluster Lengkuk jadi majikan melihat terdapat keperluan untuk memberikan vaksin kepada pekerja mereka dalam kadar segera selain ia adalah satu tanggungja­wab bagi mengekang penularan wabak,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata, kesediaan syarikat-syarikat besar ini untuk membeli vaksin tersebut dapat membantu kerajaan Persekutua­n dalam urusan pemberian vaksin kepada golongan lebih memerlukan.

Sementara itu, beliau berharap kerajaan Persekutua­n dapat menyegerak­an suntikan vaksin kepada orang awam di negeri ini kerana setakat ini hanya 14 peratus penerima vaksin di negeri ini.

Justeru, masyarakat di negeri ini digesa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutamany­a menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan termasuk kerap mencuci tangan bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Negeri Sembilan merekodkan 291 kes baharu COVID-19 kelmarin menjadikan jumlah kumulatif wabak itu sebanyak 21,504 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia