Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n kes COVID-19 di Melaka, Kelantan berpunca daripada aktiviti ziarah Hari Raya

-

MELAKA: Peningkata­n mendadak kes positif COVID-19 dan kemunculan beberapa kluster baharu di Melaka dalam tempoh beberapa hari lepas, dipercayai berpunca daripada aktiviti ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata, mereka yang dikesan positif COVID-19 mengaku menziarahi sanak-saudara dan ahli keluarga lain, walaupun larangan tersebut telah dikeluarka­n sebelum ini.

“Memang betul ada kes kluster positif COVID-19 yang dikesan di Melaka barubaru ini, dipercayai berpunca daripada aktiviti ziarah hari raya dan ia adalah sebahagian penyumbang peningkata­n kes positif.

“Kalau dilihat dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ziarah hari raya tempoh hari, masih ada yang tidak mematuhi SOP tersebut, dalam diam-diam bertemu keluarga dan ada kes menziarah dari luar daerah dan luar Melaka,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kelmarin, media melaporkan kes positif COVID-19 di negeri itu, mencatatka­n angka harian tertinggi sepanjang penularan wabak itu dengan 212 kes dan empat kematian.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata salah satu kluster baharu yang dipercayai berpunca daripada aktivti berkenaan ialah, Kluster Batu Lapan Bukit Rambai melibatkan kes indeks seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun yang dilaporkan kelmarin.

Beliau berkata setakat kelmarin, sebanyak 28 kontak rapat telah disaring dan 12 daripada mereka dikesan positif COVID-19.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, penularan jangkitan COVID-19 di kawasan Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang di negeri itu dipercayai berpunca daripada aktiviti ziarah Hari Raya.

Menurutnya, ia berlaku apabila seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang menetap di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, pulang ke Kampung Teluk Renjuna dipercayai untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Zaini berkata, JKNK menerima maklumat berhubung keberadaan­nya daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Mas pada 11 Mei, dan wanita berkenaan disahkan positif COVID-19 pada 13 Mei.

“Wanita berkenaan merupakan kontak rapat kepada pesakit positif COVID19, tetapi sama ada daripada ahli keluarga yang serumah dengannya atau faktor lain masih dalam pengesahan.

“Bagaimanap­un, sama ada wanita terbabit berkunjung ke tempat lain atau orang lain berkunjung ke rumahnya, semuanya ada kemungkina­n. Tidak boleh hanya kata dia sahaja yang bergerak,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini semalam.

 ?? — Gambar Bernama ?? SARING: Sebahagian penduduk sekitar Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang hadir menjalani ujian calitan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru semasa tinjauan Bernama semalam sempena pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang akan berkuat kuasa hari ini sehingga 4 Jun ini.
— Gambar Bernama SARING: Sebahagian penduduk sekitar Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang hadir menjalani ujian calitan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru semasa tinjauan Bernama semalam sempena pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang akan berkuat kuasa hari ini sehingga 4 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia