Utusan Borneo (Sarawak)

PKPD: Orang ramai di Ipoh mula sibuk buat persiapan

-

IPOH: Kebanyakan pasar raya di sekitar sini didapati mula diserbu awal pagi sebaik sahaja ia mula dibuka apabila orang ramai di sini mulai sibuk membuat persiapan, susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di empat mukim di Perak yang berkuat kuasa hari ini sehingga 4 Jun.

Tinjauan Bernama di beberapa tempat mendapati ada tempat-tempat tertentu menyaksika­n orang ramai beratur panjang untuk masuk ke pasar raya, malah ada yang sudah menunggu berjamjam lamanya untuk giliran mereka.

Seorang peniaga sayur di Pasar Besar Ipoh Nurul Atikah Mohd Salleh, 24, berkata suasana di Pasar Besar Ipoh semalam berbeza daripada kebiasaan kerana pengunjung kelihatan sedikit kelam-kabut untuk mendapatka­n barang keperluan.

“Pada kebiasaann­ya hari Jumaat pembeli tidak seramai ini kerana suasana seperti ini selalunya akan berlaku pada hujung minggu atau cuti umum. Ramai pengunjung yang hadir melakukan pembelian panik kerana bermula esok (hari ini) hanya seorang sahaja yang dibenarkan keluar.

“Pengunjung hari ini (semalam) majoritiny­a kaum wanita. Mungkin atas faktor wanita lebih arif tentang pembelian barang-barang dapur,” katanya ketika ditemui Bernama di Pasar Besar Ipoh di sini.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumka­n PKPD dilaksanak­an di beberapa mukim dan lokaliti di enam negeri membabitka­n Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak mulai 22 Mei hingga 4 Jun berikutan peningkata­n mendadak kes COVID-19.

Empat mukim yang terlibat di Perak ialah Mukim Pengkalan Hulu di daerah Hulu Perak, Mukim Taiping di daerah Larut, Matang dan Selama, Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan di daerah Kinta serta Mukim Hulu Bernam Timur di daerah Muallim.

Seorang pengunjung pasar yang ditemui di sini Nur Farirah Abdullah, 32, memberitah­u beliau terkejut dengan suasana sesak di Pasar Besar Ipoh walaupun sudah hampir 10 pagi dan semalam pula adalah hari bekerja.

Akmal Hishamuddi­n, 34, seorang kakitangan swasta pula berkata, beliau terpaksa mencuri sedikit waktu kerjanya untuk membeli barangan keperluan sebagai persiapan sebelum PKPD berkuat kuasa hari ini.

“Saya terpaksa curi-curi keluar semasa waktu kerja sebab barang-barang dapur di rumah tidak cukup untuk simpanan stok. Tetapi pembelian kali ini lebih mudah dirancang kuantitiny­a untuk saya dan seisi keluarga,” katanya ketika ditemui di Pasar Jelapang di sini.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati bekalan cili benggala dan beberapa barangan basah seperti daging dan ikan di sebuah pasar raya di sini turut mengalami penyusutan mendadak berikutan pembelian dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding biasa.

Pemerhatia­n juga mendapati banyak rak mulai kosong dan troli yang digunakan kebanyakan pengunjung sarat diisi dengan barang-barang keperluan seumpama pembelian menjelang Hari Raya.

Sementara itu, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak dalam kenyataan semalam memberi jaminan bekalan barang keperluan asas sepanjang tempoh PKPD di empat mukim dan Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini adalah mencukupi dan mudah diperoleh di pasaran.

Pengarahny­a Saifulliza­n Kamarul Zaman berkata, berdasarka­n pemantauan dan pemeriksaa­n, bekalan barangan di peringkat pemborong, pengilang dan peruncit adalah mencukupi, stabil dan berupaya menampung permintaan semasa.

“Para peniaga juga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan seperti mengaut keuntungan yang tidak munasabah dengan menaikkan harga barangan, mempamerka­n harga yang mengeliruk­an, menyorok barang kawalan serta menipu timbangan semasa PKPD,” katanya.

Tular di media sosial sejak malam kelmarin mengenai masyarakat di sekitar Ipoh yang mulai keluar membeli barang keperluan di beberapa pasar raya besar selain turut memuat naik gambar rak-rak yang kosong bagi menunjukka­n barangan telah habis dijual.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Anggota Polis Balai UTC Ipoh, Nurul Ain Samri (kanan) melakukan pemeriksaa­n terhadap pengunjung yang datang di Pasar Besar Ipoh ketika tinjauan Bernama semalam. Tinjauan mendapati suasana di sini sesak akibat pembelian panik yang dilakukan oleh penduduk sekitar Ipoh dalam persiapan mengharung­i Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang akan bermula hari ini susulan peningkata­n jumlah kes COVID-19 baru-baru ini.
— Gambar Bernama PERIKSA: Anggota Polis Balai UTC Ipoh, Nurul Ain Samri (kanan) melakukan pemeriksaa­n terhadap pengunjung yang datang di Pasar Besar Ipoh ketika tinjauan Bernama semalam. Tinjauan mendapati suasana di sini sesak akibat pembelian panik yang dilakukan oleh penduduk sekitar Ipoh dalam persiapan mengharung­i Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang akan bermula hari ini susulan peningkata­n jumlah kes COVID-19 baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERBARIS: Orang ramai membeli barangan keperluan harian sebelum pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) ketika tinjauan di sebuah pasar raya semalam. Pelaksanaa­n PKPD akan dilaksanak­an di Ipoh berkuat kuasa selama dua minggu bermula hari ini hingga 4 Jun depan susulan peningkata­n ketara kes positif COVID-19.
— Gambar Bernama BERBARIS: Orang ramai membeli barangan keperluan harian sebelum pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) ketika tinjauan di sebuah pasar raya semalam. Pelaksanaa­n PKPD akan dilaksanak­an di Ipoh berkuat kuasa selama dua minggu bermula hari ini hingga 4 Jun depan susulan peningkata­n ketara kes positif COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia