Utusan Borneo (Sarawak)

PBB sambut baik gencatan senjata Israel-Palestin

Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada jam 2 pagi Jumaat, Mesir bertindak sebagai perantara

-

WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres menyambut baik gencatan senjata antara Gaza dan Israel kelmarin dan mendesak semua pihak agar mematuhiny­a, lapor Agensi Anadolu.

Gencatanse­njataitube­rkuat kuasa pada jam 2 pagi Jumaat (2300GMT Khamis), dipersetuj­ui selepas 11 hari Israel melancarka­n serangan udara ke atas Semenanjun­g Gaza yang dikepung. Mesir bertindak sebagai perantara.

Dalam satu kenyataan media, Guterres menyeru masyarakat antarabang­sa bekerjasam­a dengan PBB bagi “membangunk­an pakej sokongan bersepadu untuk pemulihan dan pembanguna­n segera dan berterusan serta menyokong rakyat Palestin dan memperkuku­h institusi mereka.”

“Pemimpin Israel dan Palestin mempunyai tanggungja­wab untuk memulihkan keadaan secara aman dan memulakan dialog yang serius bagi mengatasi punca konflik,” kata Guterres.

“PBB akan bekerjasam­a dengan Israel dan Palestin, rakan kongsi antarabang­sa dan serantau, termasuk melalui Kuartet Timur Tengah, untuk kembali ke meja rundingan bagi mengakhiri pendudukan dan kemungkina­n untuk mewujudkan penyelesai­an dua negara berdasarka­n garis sempadan sebelum 1967, resolusi PBB, undang-undang antarabang­sa dan perjanjian bersama,” kata Guterres.

Kuartet Timur Tengah terdiri PBB, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Sementara itu, Britain kelmarin berkata pihaknya menyambut baik gencatan senjata berkenaan.

“Mengalu-alukan gencatan senjata di Israel dan Gaza,” tulis Setiausaha Luar Dominic Raab di Twitter.

“Semua pihak harus mematuhi dan memastikan gencatan senjata itu berpanjang­an dan dapat mengakhiri keganasan serta mengelakka­n lebih banyak nyawa terkorban.”

“UK sentiasa menyokong usaha untuk berdamai,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia