Utusan Borneo (Sarawak)

14 mayat dijumpai di rumah bekas anggota polis El Salvador

-

CHALCHUAPA: Sepasukan pakar forensik kelmarin mengeluark­an mayat kirakira 14 orang yang dibunuh dan dikebumika­n di rumah seorang bekas anggota polis yang menjadi ketua kumpulan samseng di barat El Salvador.

Memakai pakaian lengkap keselamata­n bio, pasukan itu memasuki rumah bekas anggota polis Hugo Ernesto Osorio Chavez untuk melakukan kerja-kerja mengerikan di pekan Chalchuapa.

Menteri Kehakiman dan Keselamata­n Gustavo Villatoro menyatakan sekurangku­rangnya 14 mayat telah ditemui dikebumika­n secara berasingan di rumah Osorio Chavez.

Bekas anggota polis itu ditangkap pada 8 Mei sebagai suspek utama dalam pembunuhan seorang wanita dan anak perempuann­ya, selepas jiran memaklumka­n pihak berkuasa.

Ini membawa kepada pihak polis memasuki rumahnya, di mana mereka mula menemui mayat.

Villatoro berkata, sampel DNA telah dikumpul daripada penduduk yang mempunyai ahli keluarga yang hilang untuk melihat sekiranya ia sepadan dengan mana-mana mayat tersebut.

Rumah bekas anggota polis, yang berdepan dengan sebuah ladang tebu, telah ditutup oleh pihak polis, menghalang wartawan dari memasuki kawasan berkenaan.

Pakar kriminolog­i forensik Israel Ticas memberitah­u AFP bahawa penggalian akan diteruskan di beberapa bahagian di kawasan tersebut, dan menganggar­kan tugasan itu akan mengambil masa lebih sebulan.

Pada Rabu lepas, seorang hakim tempatan mengarahka­n penahanan 11 orang dikaitkan dengan Osorio Chavez. Rakan subahat telah dituduh bagi pembunuhan yang dirancangk­an dan homisid terancang.

Pada 2020 El Salvador, dengan populasi seramai 6.5 juta orang, menamatkan tahun tersebut dengan 1,322 homisid – satu anggaran untuk 20 bagi setiap 100,000 penduduk.

Jumlah tersebut bagaimanap­un jelas lebih rendah berbanding 2019, dan yang paling rendah sejak tamatnya perang saudara yang teruk di negara tersebut pada 1992.

 ?? — Gambar AFP ?? SIASAT: Sepasukan pakar forensik dilihat di rumah milik seorang bekas anggota polis di mana 14 mayat ditemui di Chalchuapa, El Salvador kelmarin.
— Gambar AFP SIASAT: Sepasukan pakar forensik dilihat di rumah milik seorang bekas anggota polis di mana 14 mayat ditemui di Chalchuapa, El Salvador kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia