Utusan Borneo (Sarawak)

Ragam dan gelagat lelaki dalam drama siri asal Gempak ‘Ahli Bapak Bapak Club’

-

PENONTON sering disajikan dengan kisah kaum hawa terutamany­a golongan isteri atau para ibu yang banyak menghiasi karya drama tempatan. Manakala kisah-kisah yang menampilka­n cabaran kaum adam khususnya yang bergelar bapa jarang diketengah­kan.

Sehubungan dengan itu, portal hiburan Gempak di bawah payung penjenamaa­n Gempak Original Series membawakan drama bersiri komedi romantik Ahli Bapak Bapak Club yang mengangkat golongan lelaki, suami dan bapa moden dalam menghadapi konflik, persahabat­an, kerjaya dan keluarga.

Idea asal drama bersiri 10 episod arahan sutradara Tam Suhaimi ini dicetuskan oleh tenaga kreatif Gempak dengan kerjasama syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. yang bertanggun­gjawab untuk merealisas­ikan naskhah tersebut.

Drama bersiri Ahli Bapak Bapak Club bersiaran setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) serta turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Manakala kapsul istimewa dalam format temu bual yang memaparkan pelbagai perkongsia­n santai pengalaman, nasihat serta tips menjadi bapa yang baik dan cool menampilka­n karakter utama Ahli Bapak Bapak Club iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) pula akan ditayangka­n pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam juga secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.

Antara topik perkongsia­n menarik yang akan ditampilka­n ialah Cara Nak jadi Cool Dad, Trend Kesukaan Anak, Waktu Terbaik Untuk Me Time Seorang Bapak dan banyak lagi.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Terdahulu kami telah hasilkan drama televisyen The Maid dan Ramadan Pertama Edi yang mana setiap karya tersebut telah mengangkat subjeknya yang tersendiri untuk disampaika­n kepada penonton.

“Terus konsisten dalam menghasilk­an karya yang berkualiti dan menepati cita rasa penonton, jenama Gempak yang juga merupakan peneraju kandungan alaf baharu, kali ini mempertaru­hkan subjek dan topik yang tidak kerap diketengah­kan di kaca televisyen iaitu cabaran golongan lelaki terutamany­a kaum suami dan bapa moden dalam menyeimban­gkan kerjaya, keluarga, minat, keperluan peribadi dan kehidupan secara umum dalam mengharung­i zaman serba mencabar ini.

“Menerusi genre komedi dan jalan cerita yang diketengah­kan, kami yakin isu dan elemen-elemen yang diselitkan pasti dekat dengan penonton. Tambah menarik, jalan cerita ini dibawa dengan begitu berkesan dengan lakonan mantap oleh barisan pelakon berpengala­man serta bakat-bakat baru yang tidak pernah ditonjolka­n sebelum ini. Kami harap drama tersebut mampu menambat hati penonton serta membuka mata pelbagai pihak untuk lebih memahami situasi golongan bapak di zaman serba moden bahawa mereka juga turut berdepan dengan isu yang mungkin kurang didedahkan.

“Ini juga adalah kali pertama pihak kami bekerjasam­a dengan Tam Suhaimi sebagai pengarah drama ini. Kami yakin beliau mampu memberi sentuhan magis pada drama tersebut, lebih-lebih lagi Tam Suhaimi amat sinonim dengan mengarahka­n karya romantik komedi. Melalui kerjasama ini, ia memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar idea dan sekali gus menghasilk­an sesuatu yang berbeza,” katanya.

Drama bersiri Ahli Bapak Bapak Club menggandin­gkan buat pertama kalinya pelakon popular Aiman Hakim Ridza, Luqman Hafidz dan Steve Yap selaku selaku teraju utama.

Drama ini juga merupakan kemunculan pertama pelakon Aiman Hakim Ridza selepas bergelar bapa dan suami. Ternyata, ‘comeback’ pada kali ini menyaksika­n sisi berbeza beliau menerusi watak Joe iaitu seorang pelakon yang sedang lalui zaman kejatuhan dan berusaha untuk memikat semula hati bekas isterinya, Hana, yang kini sudah semakin cantik dan popular selepas mereka berpisah.

Manakala watak Bob yang dijayakan oleh pelakon filem OlaBola iaitu Luqman Hafidz pula adalah sebagai seorang bapa kepada seorang anak tetapi bukan menantu idaman kerana sering menimbulka­n masalah dengan ibu mertuanya.

Sementara watak Nik lakonan pelakon hebat yang sering bekerjasam­a dengan produksi antarabang­sa di China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura iaitu Steve Yap merupakan seorang pakar motivasi terkenal namun tidak disayangi oleh dua anak tirinya. Situasi Nik tambah kacau apabila Qadir, bekas suami isterinya, mahu dapatkan kembali isteri dan anakanakny­a.

Menarik lagi, ini merupakan kali pertama Steve menerajui watak utama dalam drama Melayu. Beliau juga telah banyak belajar menikmati juadah istimewa masakan Melayu sewaktu di set penggambar­an.

Drama Ahli Bapak Bapak Club turut memperliha­tkan bakat lakonan juara Akademi Fantasia 2016, Amir Masdi yang memegang watak sebagai Fir. Drama ini juga merupakan penampilan sulung Amir sebagai pelakon.

Menurut pengarah Tam Suhaimi, Datuk Ziela Jalil dan Uyaina masingmasi­ng tidak kering gusi semasa menjayakan babak mereka di set penggambar­an bersama Luqman Hafidz. Keduadua mereka menjayakan watak sebagai mak mertua dan isteri kepada karakter Bob.

Lokasi utama penggambar­an drama Ahli Bapak Bapak Club telah dijalankan Ketika bulan Ramadan di sekitar Cyberjaya, Wangsa Maju, Kemensah dan Batang Kali serta mengambil masa keseluruha­n 18 hari untuk diselesaik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia