Utusan Borneo (Sarawak)

Bunuh anak lelaki, suami isteri dihukum gantung

Mangsa dipukul ibu bapa menggunaka­n rotan, kayu

-

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut tempat mereka bekerja, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menjatuhi hukuman itu ke atas Aaron Teoh Eng Wan, 37, dan isterinya, En Sit Mooi, 40, selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

“Terdapat bukti yang banyak bahawa pasangan ini telah melakukan pembunuhan dan pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah,” kata hakim.

Sebaik hukuman itu diputuskan, pasangan itu kelihatan kelu dan kemudianny­a menangis di dalam kandang tertuduh.

Pasangan itu didakwa membunuh anak lelaki mereka, Adrian Teoh Wai Kit, yang merupakan anak sulung daripada dua beradik di sebuah premis di Regalia Business Centre, Subang Jaya antara 2 petang dan 3.30 petang pada 26 Mei 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori.

Aaron dan En juga dijatuhi hukuman penjara lapan tahun bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017, bagi pertuduhan kedua, iaitu melakukan penganiaya­an sehingga mendatangk­an kecederaan terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 31 (5) akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama.

Terdahulu, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, Tan Teck Yew dan Tina Ong menyatakan kepada mahkamah bahawa nenek

“Terdapat bukti yang banyak bahawa pasangan ini telah melakukan pembunuhan dan pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah.

Datuk Noorin Badaruddin Hakim

serta ibu saudara mangsa perlu dipanggil kerana pernah berada di bawah jagaan mereka untuk memberi pandangan bahawa kecederaan mangsa yang terdahulu mungkin di akibatkan oleh orang lain selain ibu bapanya.

Namun, Noorin berkata keputusan makmal patologi telah pun mengesahka­n bahawa kecederaan lama di mana terdapatny­a kesan patah tulang rusuk dan kecederaan baharu yang menyebabka­n kematian, sudah memadai.

Pendakwaan mengemukak­an 28 saksi dan pihak pembelaan mengemukak­an dua saksi iaitu pasangan suami isteri itu sendiri yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi, sepanjang perbicaraa­n yang bermula pada Julai 2019.

Semasa membacakan kenyataan pembukaan bagi perbicaraa­n sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya memberitah­u mahkamah bahawa sebelum meninggal dunia, mangsa telah dipukul oleh ibu bapanya menggunaka­n rotan dan kayu.

Keterangan pakar patologi menunjukka­n punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat pendarahan di bawah kulit dan otot yang meluas serta teruk akibat daripada hentakan tumpul berganda.

Keterangan saksi pendakwaan lain seperti ahli kimia juga mengesahka­n bahawa terdapat asid deoksiribo­nukleik (DNA) milik Aaron serta mangsa pada rotan yang ditemui di tempat kejadian dan berdasarka­n video rakaman litar tertutup (CCTV) di premis tersebut, En dilihat beberapa kali mengheret mangsa yang dalam keadaan sangat lemah serta tidak bermaya.

Pasangan suami isteri itu pertama kali dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 5 Jun 2017.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut tempat mereka bekerja, empat tahun lepas.
— Gambar Bernama BERSALAH: Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut tempat mereka bekerja, empat tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia