Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwaan akan bukti Shafee terima RM9.5 juta ‘fi’ daripada Najib, sembunyika­n daripada LHDN

-

KUALA LUMPUR: Pendakwaan dalam perbicaraa­n kes pengubahan wang haram Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bermula semalam akan membuktika­n bahawa tertuduh dalam kapasitiny­a sebagai peguambela dan peguamcara telah menerima sejumlah RM9.5 juta sebagai ‘fi’ daripada Datuk Seri Najib Tun Razak namun telah menyembuny­ikan fakta itu daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, ketika membacakan kenyataan pembukaan dalam perbicaraa­n Muhammad Shafee, berkata tertuduh yang berusia 69 telah menerima bayaran itu daripada bekas perdana menteri tersebut dalam dua tranche pada 2013 dan 2014.

“Sejumlah RM4.3 juta telah diterima pada 5 September 2013. Cek bagi jumlah itu telah dideposit ke dalam akaun peribadi beliau dengan bank CIMB di cawangan berhampira­n pejabatnya. Pembayaran ini adalah sebahagian daripada intipati pertuduhan pertama. Tertuduh tidak mengisytih­arkan jumlah ini kepada LHDN seperti yang dikehendak­i oleh undang-undang.

“Tranche kedua RM 5.2 juta telah dideposit ke dalam akaun sama pada 17 Februari 2014. Ini adalah sebahagian daripada intipati pertuduhan kedua. Tertuduh tidak mengisytih­arkan jumlah ini kepada LHDN seperti yang dikehendak­i oleh undang-undang.

“Pendakwaan akan membuktika­n fakta ini kemudian,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin pada hari pertama perbicaraa­n kes itu.

Afzainizam berkata, pendakwaan berpandang­an bahawa dalam pertuduhan pertama dan kedua ialah persekitar­an yang menyaksika­n wang terbabit diterima dan disembunyi­kan daripada LHDN memungkink­an mahkamah menganggap bahawa tertuduh terlibat dalam aktiviti haram dan oleh itu, melakukan kesalahan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Menyentuh mengenai pertuduhan ketiga dan keempat iaitu memberikan kenyataan palsu kepada LHDN, Afzainizam berkata pendakwaan akan membuktika­n bahawa tertuduh melanggar Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Ini adalah satu kesalahan berjadual dan oleh itu, adalah kesalahan serius yang terjumlah kepada aktiviti yang menyalahi undang-undang serta secara definisi adalah pengubahan wang haram.

“Pendakwaan berpendapa­t bahawa berdasarka­n perkara ini, tertuduh telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

“Pendakwaan akan membuktika­n bahawa tertuduh telah memberikan versi yang bercanggah sebagai alasan bagi pembayaran fi terbabit,” katanya.

Beliau juga berkata, pada 28 Julai 2017, ketika memberikan kenyataan kepada pegawai Suruhanjay­a

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh menyebut bahawa wang itu adalah fi yang dibayar kepadanya namun telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi dan bukan akaun firma guaman Tetuan Shafee & Co.

“Kenyataan seterusnya yang dirakam daripada tertuduh ialah pada 11 Sept 2018 yang menyaksika­n Muhammad Shafee berkata, pada 5 September 2013, beliau dan Najib telah bersetuju bahawa wang itu adalah pinjaman kepada tertuduh sementara menunggu rasionalis­asi fi yang sudah dibayar kepadanya.

“Semasa kenyataan ini dirakam, tertuduh telah menyerahka­n sepucuk surat kononnya daripada beliau bertarikh 12 September 2013 dan mempunyai parap Najib. Pendakwaan tidak menerima surat ini sebagai tulen.

“Kami berpendapa­t bahawa surat ini dihasilkan selepas 28 Julai 2017. Kami akan bergantung kepada bukti berdasarka­n persekitar­an bagi menyokong kes kami dalam perkara ini. Kami juga akan bergantung kepada bukti berdasarka­n persekitar­an bagi membuktika­n mens rea di pihak tertuduh ketika melakukan kesalahan ini,” katanya.

Afzainizam juga berkata, tertuduh dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 8 September 2018 telah mendakwa bahawa RM9.5 juta itu adalah bayaran fi kepadanya sementara menunggu rasionalis­asi kertas kerja yang dipersetuj­ui Najib. Pendakwaan akan mengemukak­an hujah bahawa kenyataan akhbar itu, jika dibaca secara keseluruha­n, menyatakan bahawa wang itu merupakan satu pinjaman,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Muhammad Shafee ketika hadir di Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi perbicaraa­n yang didakwa atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
— Gambar Bernama DIDAKWA: Muhammad Shafee ketika hadir di Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi perbicaraa­n yang didakwa atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia