Utusan Borneo (Sarawak)

Trend jangkitan di Labuan berubah daripada individu kepada kumpulan

-

LABUAN: Trend jangkitan COVID-19 di pulau bebas cukai ini telah berubah dengan ketara daripada individu yang terdedah kepada kumpulan.

Pengerusi Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan Rithuan Ismail berkata ini terbukti daripada peningkata­n mendadak jumlah kes positif melibatkan ahli keluarga dan rakan-rakan dalam beberapa hari lalu.

Labuan semalam mencatatka­n 84 kes berbanding 17 kelmarin, menjadikan jumlah keseluruha­n jangkitan kepada 2,638.

“Kami menjangkak­an kes positif akan melonjak secara drastik, dengan saringan besar-besaran ke atas beberapa keluarga oleh petugas kesihatan Labuan.

“Bilangan kes positif (yang dikesan) melalui ujian saringan RTK-Antigen dan polymerase chain reaction (PCR) menunjukka­n sejumlah besar membabitka­n ahli keluarga dan rakanrakan yang mengadakan perjumpaan keluarga, ziarah Hari Raya dan mengunjung­i bazar Ramadan,” katanya kepada Bernama selepas melawat pusat kuarantin COVID-19 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan di sini semalam.

Beliau berkata jumlah kes positif tertinggi direkodkan daripada ahli keluarga dan rakan rapat dan bukannya pelancong.

Rithuan juga berkata Labuan mencatatka­n nilai kadar kebolehjan­gkitan Rnaught (Rt) tertinggi di negara ini dengan 1.43.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, yang telah ditukar menjadi pusat kuarantin sementara, akan menempatka­n hampir 100 individu dalam siasatan (PUI) semalam, kebanyakan mereka yang dikesan positif melalui ujian RTK-Antigen dan PCR.

Pusat kuarantin itu mempunyai kapasiti 150 katil dan akan dibahagika­n kepada dua bahagian, lelaki dan wanita.

“Pusat kuarantin ini dan satu lagi asrama di Bahagian Teknologi Pendidikan Tinggi (BTPN) di Jalan Sungai Lada adalah untuk pesakit berisiko rendah manakala beberapa blok di Hospital Nukleus Labuan adalah untuk pesakit berisiko tinggi,” jelasnya.

Beliau berkata pusat kuarantin di asrama BTPN, yang mempunyai kapasiti 80 katil, kini 80 peratus penuh, manakala Hospital Nukleus Labuan telah mencapai kapasiti 120 katil, dengan wad pesakit dan hostel jururawat dijadikan bilik isolasi.

“Buat masa ini, ketiga-tiga pusat ini mempunyai kapasiti antara 300 dan 350 katil untuk PUI. Kami berharap jumlah PUI tidak akan melebihi daripada jumlah itu,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEDIAAN: Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan akan kembali beroperasi sebagai salah satu daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), berikutan peningkata­n kes positif COVID-19 di pulau bebas cukai ini.
— Gambar Bernama PERSEDIAAN: Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan akan kembali beroperasi sebagai salah satu daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), berikutan peningkata­n kes positif COVID-19 di pulau bebas cukai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia