Utusan Borneo (Sarawak)

Lewandowsk­i perlukan satu gol untuk atasi rekod Mueller

Penyerang Bayern Munich itu kini telah menyamai rekod 40 gol milik Mueller dalam satu musim di Bundesliga

-

“Saya rasa beliau akan menjaringk­an dua gol pada hujung minggu ini dan memecahkan rekod itu. Namun demikian, saya berharap ia kekal seperti ” kini, kerana Mueller ialah idola saya.

Ulf Kirsten Bekas penyerang Bayer Leverkusen, tiga kali penjaring gol terbanyak Bundesliga semasa 1990-an

BERLIN: Robert Lewandowsk­i mampu memecahkan rekod gol Gerd Mueller selama 49 tahun Bundesliga dalam satu musim pada hujung minggu ini ketika pasukan Bayern Munich bermain disaksikan penyokong tuan rumah mereka buat kali pertama sejak Mac 2020.

Rembatan penalti pemain Poland itu dalam perlawanan seri Bayern 2-2 menentang Freiburg tempoh hari menyaksika­n beliau menyamakan rekod Mueller dengan 40 gol dalam satu musim Bundesliga, yang dicatat pada 1971/1972.

Dengan satu lagi perlawanan Lewandowsk­i, penjaring gol terbanyak Bundesliga dalam enam daripada lapan tahun lepas, mampu mencatatka­n rekod baharu menentang Augsburg pada Sabtu.

“Saya rasa beliau akan menjaringk­an dua gol pada hujung minggu ini dan memecahkan rekod itu,” ramal bekas penyerang Bayer Leverkusen Ulf Kirsten, tiga kali penjaring gol terbanyak Bundesliga semasa 1990-an.

“Namun demikian, saya berharap ia kekal seperti kini, kerana Gerd Mueller ialah idola saya.”

Dengan sembilan kemenangan liga berturut-turut telah disahkan, Bayern bakal menjulang trofi Bundesliga selepas wisel penamat.

Mereka juga bakal mengucapka­n perpisahan kepada jurulatih musim terakhir mereka Hansi Flick, yang hangat diperkatak­an bakal mengambil alih Jerman selepas Euro 2020.

Begitu juga dengan pemain pertahanan Jerome Boateng dan David Alaba, yang kontrak tidak diperbahar­ui, akan bermain perlawanan terakhir mereka selepas lebih sedekad bersama Bayern.

Alaba dijangka menyertai Real Madrid lalu pergi dengan rekod 10 kemenangan Bundesliga, sementara Boateng, 32, memerlukan kelab baharu.

Buat kali pertama sejak pandemik COVID-19 melanda Jerman 14 bulan lalu, penonton bakal kembali ke Allianz Arena hanya dengan 250 orang dibenarkan dalam stadium berkapasit­i 75,000 tersebut.

Pasukan kesihatan akan mendapat 100 tiket manakala selebihnya dikongsi antara penyokong dan staf.

Dalam menyaksika­n kadar jangkitan menurun seluruh Jerman, kelab Bundesliga lain juga membuka pintu untuk menyambut sebilangan kecil penonton.

Union Berlin, hampir meraih kelayakan Liga Europa, akan membenarka­n 2,000 penonton untuk permainan tuan rumah pada Sabtu menentang RB Leipzig, yang telah disahkan pasukan pemenang kedua.

Slot empat teratas diisi oleh Bayern, Leipzig, Dortmund dan Wolfsburg yang meletakkan mereka ke Liga Juara-Juara musim akan datang.

Namun, persaingan sengit di tangga corot menyaksika­n dua mata memisahkan Cologne, Werder Bremen dan Arminia Bielefeld, tiga kelab yang bergelut untuk kekal di atas Schalke, yang duduk di kedudukan terakhir liga dan sudahpun disingkirk­an.

Untuk mengelak penyingkir­an automatik, pasukan kedua tercorot Cologne harus menumpaska­n Schalke.

Selain itu, penyerang handal Erling Braut Haaland boleh membawa pulang gol ke-40 beliau dalam permainan keseluruha­n musim ini untuk Dortmund sebagai tuan rumah menentang Bayer Leverkusen.

Pasukan tuan rumah lincah, memenangi enam perlawanan liga sebelum ini untuk mara ke Liga Juara-Juara selain membenam Leipzig 4-1 dalam final Piala Jerman.

Pemain sayap Dortmund Jadon Sancho, telah mencatatka­n empat gol dan dua bantuan dalam tiga perlawanan.

 ?? — Gambar AFP ?? MAMPUKAH?: Lewandowsk­i yang kini telah mencapai 40 gol dipercayai mampu memecah rekod gol sepanjang zaman milik Mueller yang bertahan selama 49 tahun.
— Gambar AFP MAMPUKAH?: Lewandowsk­i yang kini telah mencapai 40 gol dipercayai mampu memecah rekod gol sepanjang zaman milik Mueller yang bertahan selama 49 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia