Utusan Borneo (Sarawak)

Ruben Dias dinobat Pemain Bola Sepak Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak

-

LONDON: Pemain pertahanan Manchester City, Ruben Dias telah diundi sebagai pemain bola tahunan oleh Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA), yang diumumkan kelmarin.

Pemain kebangsaan Portugal itu menang bersama pemain penyerang Tottenham, Harry Kane dan rakan sepasukan City Kevin De Bruyne.

Dias, 24, telah menikmati kempen pertama yang menakjubka­n di Stadium Etihad sejak menandatan­gan perjanjian sekitar 65 juta euro daripada Benfica pada September.

Beliau menghadiah­kan Pep Guardiola dengan kemenangan Piala Liga sekali lagi, menghidupk­an semula kejuaraan Liga Perdana mereka serta mendapat tempat ke final Liga Juara-Juara, yang mana mereka bakal menentang Chelsea di Porto pada 29 Mei.

“Ia ialah kelebihan besar. Semestinya saya tidak dapat mencapainy­a tanpa kejayaan daripada pasukan ini,” kata Dias dalam sebuah temu bual bersama FWA.

“Pada pendapat saya, dikalungka­n penghargaa­n ini menampilka­n contoh besar bagaimana kumpulan kami bekerjasam­a, cara kami membina permainan kami. Ia refleksi kami bersatu hati di padang, prestasi kami serta semangat dalam kumpulan ini bersama pemain-pemain ini.”

Secara keseluruha­n, sembilan pemain City menerima undian. Mereka meraih lebih daripada 50 peratus daripada jumlah undian.

Dias merupakan hanya satu daripada tiga pemain yang dinobatkan anugerah FWA dalam musim pertama bola sepak Inggeris beliau.

Pemain pertahanan terakhir untuk membawa pulang trofi tersebut ialah pemain Liverpool, Steve Nicol, 32 tahun lalu.

Pengerusi FWA Carrie Brown mengulas: “Pep Guardiola menambah baik pemain, membentuk mereka, namun setakat ini belum ada pemain baharu menyertai pasukan johan Pep lalu memberi pengaruh sebesar itu. Ruben Dias ialah Pemain Bola Sepak Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak oleh kerana pimpinan beliau dalam dan luar padang serta keriangan yang diwujudkan daripada seni pertahanan yang sempurna.”

 ??  ?? DIAS
DIAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia