Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab bola sepak di Eropah berhadapan kerugian besar

-

LONDON: Kelab bola sepak Eropah diramal akan berhadapan kerugian sebanyak 8.7 bilion euro dalam pendapatan ekoran kemeleseta­n ekonomi akibat pandemik COVID-19, menurut laporan UEFA pada Khamis.

Kajian tahunan Landskap Kelab Bola Sepak Eropah meramalkan kerugian tahun kewangan 2019/2020 dan 2020/2021 berjumlah 7.2 bilion euro buat kelab divisyen atas manakala 1.5 bilion euro untuk kelab kelompok bawahan.

Dalam keterangan tersebut, presiden UEFA Aleksander Ceferin berkata: “Dalam laporan tahun lepas, saya menyatakan pasukan bola sepak Eropah kuat, tahan dan bersedia untuk cabaran baharu. Namun tiada sesiapa pun meramal kita bakal berhadapan dengan cabaran terbesar bola sepak, sukan, dan masyarakat dalam masa moden.”

Kejohanan liga nasional dan kelab UEFA, Liga JuaraJuara

dan Liga Europa, kebanyakka­nnya bermain secara tertutup sejak pandemik itu melanda Eropah pada awal 2020.

“Setiap peringkat dan setiap sudut bola sepak profesiona­l telah terkena tempias teruk,” menurut laporan daripada badan pengelola bola sepak Eropah. “Kelab yang amat bergantung kepada kehadiran penonton terutamany­a telah binasa oleh pandemik itu.”

Sebagai akibat penguranga­n bajet, perbelanja­an pemindahan kelab Eropah pada musim panas lepas telah berkuranga­n sebanyak 39 peratus.

Penguranga­n sumber pendapatan telah memaksa UEFA untuk melonggark­an sementara peraturan Financial Fair Play (FFP), yang bertujuan untuk memastikan kelab tidak membelanja­kan wang lebih daripada yang diraih oleh mereka.

Sungguhpun demikian, Ceferin mengakui perubahan yang tetap diperlukan pada FFP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia