Utusan Borneo (Sarawak)

CONMEBOL tolak rayuan Colombia tunda Copa Amerika 2021

-

ASUNCION: Badan pengendali bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL kelmarin menolak rayuan Colombia untuk menunda kejohanan Copa Amerika 2021 dalam menyaksika­n mereka menjadi hos bersama dengan Argentina.

Perlawanan yang bakal berlangsun­g di Colombia pada 13 Julai dengan 10 acara itu sebaliknya akan dipindahka­n ke Argentina, kata CONMEBOL, menyatakan ia adalah ‘mustahil’ untuk menganjak acara tersebut kepada November seperti yang dipohon oleh Bogota.

Memetik keterangan kerajaan “sebabnya berkaitan dengan kalendar antarabang­sa serta logistik kejohanan tersebut.”

Colombia kini berada di ambang protes jalanan diikuti pergolakan sosial yang mengakibat­kan 42 kematian. Penularan COVID-19 juga melonjak dalam tempoh minggu lepas.

Demonstras­i anti-kerajaan yang besar dan kadangkala ganas telah berlangsun­g di Bogota, Medellin dan Cali, bandar-bandar yang mana Copa Amerika dijadualka­n untuk berlangsun­g.

Pada 13 Mei satu perlawanan kejohanan kelab Copa Libertador­es Amerika Selatan di Barranquil­la telah ditunda lima kali setelah gas pemedih mata yang digunakan untuk meleraikan demonstras­i di luar stadium telah menyelubun­gi dan mendatangk­an kesan kepada pemain-pemain.

Di Argentina, Presiden Alberto Fernandez menjelaska­n awalnya bahawa negara mereka bersedia untuk menjadi hos sukan tersebut sekiranya Colombia menarik diri.

Namun Argentina sedang dilanda dengan fasa paling teruk setakat ini dalam pandemik COVID-19.

Kejohanan Copa Amerika, seperti Kejohanan Eropah, dijadualka­n untuk berlangsun­g tahun lepas namun telah ditunda selama 12 bulan ekoran pandemik koronaviru­s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia