Utusan Borneo (Sarawak)

MSBK 2021 empat pusingan di Litar Sepang, Ogos ini

-

KUALA LUMPUR: Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) dan Two Wheels Motor Racing (TWMR) secara bersama mengumumka­n penganjura­n empat pusingan Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) musim 2021, dalam keadaan negara menghadapi kenaikan kes harian jangkitan COVID-19.

Penganjur MSBK itu menyatakan, kejohanan tersebut dijangka diadakan pada Ogos di SIC, dengan jangkaan jumlah jangkitan kes akan stabil dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.

Pusingan pembukaan dijadualka­n dari 6-8 Ogos, diikuti pusingan kedua pada 20-22 Ogos, manakala dua pusingan terakhir akan diadakan secara berganda dari 14-17 Okt, namun bergantung kepada kelulusan kerajaan terutamany­a berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata, penganjur adalah komited dalam mendapatka­n kelulusan yang diperlukan dan akan memastikan mereka terlibat dengan perlumbaan ini patuh kepada SOP yang ditetapkan.

“Pengumuman ini membawa berita baik untuk persekitar­an permotoran motosikal kita, saya percaya pelumba teruja untuk berlumba pada MSBK yang akan datang.

“Pada ketika ini, kita masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 7 Jun akibat peningkata­n COVID19. Walaupun kita mahu beraksi semula, namun keselamata­n dan kesihatan semua pihak tetap menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Pengarah TWMR Ron Hogg berkata, penganjura­n kejohanan itu penting bagi memastikan sistem pembanguna­n pelumba terus memainkan peranannya, dalam melahirkan pelumba berkelas dunia masa hadapan.

“Hanya satu pusingan perlumbaan MSBK dapat diadakan pada 2020 disebabkan pandemik itu. Walaupun kejohanan itu mungkin dapat atau tidak dapat menjemput pelumba luar negara untuk menyertain­ya pada masa ini, kami merasakan ada kepentinga­n untuk MSBK diteruskan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia