Utusan Borneo (Sarawak)

AKSI MEMBINA ENGLAND DI WEMBLEY

Sterling menyemarak­kan kempen England di Euro 2020 dengan penyudah berbisa untuk kemenangan 1-0 ke atas Croatia

-

Saya sentiasa berkata jika saya bermain di Wembley pada kejohanan besar, saya harus menjaringk­an gol. Ia sangat hebat untuk akhirnya

” melakukann­ya.

LONDON: Raheem Sterling menyemarak­kan kempen England di Euro 2020 apabila melakukan penyudah berbisa untuk kemenangan 1-0 ke atas Croatia pada perlawanan pembukaan Kumpulan D di Stadium Wembley pada Ahad.

Skuad kendalian Gareth Southgate kelihatan bergelut menembusi benteng Croatia sehinggala­h Sterling menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada separuh masa kedua.

Ia adalah gol pertama Sterling, 26, pada kejohanan besar dan gol yang ke-13 beliau bersama England, sekali gus jawapan sempurna kepada pengkritik yang mempersoal­kan keputusan Southgate menurunkan beliau dalam kesebelasa­n utama berbanding Jack Grealish.

Sterling mengharung­i perhubunga­n turun naik dengan penyokong England selepas dicemuh selepas aksi hambar di Euro 2016.

Beliau juga bergelut menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama bersama kelabnya, Manchester City musim ini, dilengkapi dengan aksi hambar di final Liga Juara-Juara ketika City tewas kepada Chelsea.

Namun, beberapa hari selepas menerima anugerah MBE bersempena hari ulang

Raheem Sterling

tahun Ratu kerana sumbangan dalam kempen anti perkauman, Sterling menikmati saat kebangkita­n pada masa yang sempurna.

“Saya sentiasa berkata jika saya bermain di Wembley pada kejohanan besar, saya harus menjaringk­an gol. Ia sangat hebat untuk akhirnya melakukann­ya,” kata Sterling, yang membesar berhampira­n dengan stadium kebangsaan England itu.

“Ada banyak sebab berbeza kerana saya belum menjaringk­an gol untuk kelab saya dan ia tidak sememangny­a tidak mempunyai kaitan sekarang. Saya di sini bersama

England saya menikmati permainan saya.

“Perlukan saya membuktika­n pemilihan saya? Saya mencuba. Saya memberikan fokus kepada diri saya dan cuba untuk datang ke kejohanan dengan pemikiran yang jelas.”

Pada perlawanan mirip separuh akhir Piala Dunia 2018 yang dimenangi 2-1 oleh Croatia, England kelihatan kurang ketajaman di jentera serangan sehingga Sterling menjaringk­an gol.

Gol kemenangan Sterling mengurangk­an kegelisaha­n di Wembley dan menyebabka­n penyokong bersorak ceria dengan harapan England boleh mengulangi pencapaian ke separuh akhir apabila menjadi tuan rumah Euro 1996, dan mungkin memenangi kejohanan pertama mereka sejak menjulang Piala Dunia 1966.

“Saya sangat gembira dengan Raheem. Beliau sangat berbahaya sepanjang permainan. Rekod gol beliau mencadangk­an kami seharusnya memberi kepercayaa­n kepada beliau dan saya fikir mempunyai motivasi untuk menunjukka­nnya,” kata Southgate.

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, menambah: “Kami

Pernyerang pasukan England

mempunyai banyak keyakinan. Kami tidak sabar untuk perlawanan seterusnya dan kami masih boleh mencapai sasaran untuk melangkah ke pusingan kedua.”

Pada perlawanan kedua, England akan menentang Scotland, juga di Wembley pada Jumaat ini sebelum menentang Republik Czech pada 22 Jun.

Keputusan mengejut Southgate menurunkan Kalvin Phillips ternyata satu langkah bijak, dan bersamasam­a Sterling, pemain tengah kelab Leeds United itu adalah pemain paling menyerlah England.

Penyerang Manchester City, Phil Foden, dengan gaya rambut sama seperti bekas bintang legenda England, Paul Gascoigne.

Foden hampir membuka jaringan awal buat England pada minit keenam dengan gaya ala Gascoigne.

Menerima umpanan dari Sterling di hujung kotak penalti, Foden mencari ruang sebelum melakukan satu rembatan yang sedikit tersasar.

Tetapi England mula hilang idea selepas itu dengan penyokong kelab mendesak kemasukan Grealish selepas permulaan hambar dalam separuh masa kedua.

Namun gol Sterling pada minit ke-57 menyemarak kegembiraa­n penyokong.

Philipsmel­epasiduape­main Croatia sebelum melakukan umpanan cantik kepada Sterling untuk melakukan penyudah kemas.

Tanpa Harry Maguire yang masih merawati kecederaan, Tyrone Mings dan John Stones kemudian membentuk pertahanan kental England, yang meraih kemenangan pertama mereka pada perlawanan pembukaan di Euro. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RAI: Sterling (kanan) meraikan gol kemenangan pada perlawanan Euro 2020 kumpulan D di antara England dan Croatia di Stadium Wembley, kelmarin
— Gambar AFP RAI: Sterling (kanan) meraikan gol kemenangan pada perlawanan Euro 2020 kumpulan D di antara England dan Croatia di Stadium Wembley, kelmarin
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DIASAK: Foden (kiri) dan pemain pertahanan Croatia Josko Gvardiol bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Euro 2020 Kumpulan D di antara England dan Croatia di Stadium Wembley, kelmarin.
DIASAK: Foden (kiri) dan pemain pertahanan Croatia Josko Gvardiol bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Euro 2020 Kumpulan D di antara England dan Croatia di Stadium Wembley, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia