Utusan Borneo (Sarawak)

JPBNS PANDANG SERIUS KESESAKAN DI PPV STADIUM PERPADUAN

-

KUCHING:

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumka­n kesesakan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan termasuk masalah bekalan elektrik terputus sementara.

Jawatankua­sa itu menegaskan, pihaknya memandang serius akan perkara ini dan telah mengenal pasti punca masalah dan mengatasi kelemahan sistem yang diguna pakai serta mengambil tindakan seterusnya.

“Oleh itu JPBNS ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi orang ramai di Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Perpaduan, Petra Jaya Kuching pada hari ini(semalam).

“Kerjasama dan sokongan daripada orang ramai bagi menjayakan program vaksinasi ini amatlah dihargai,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, JPBNS menasihati orang ramai khususnya penerima vaksin agar mengikuti masa janji temu yang ditetapkan.

“Sesiapa yang telah diberikan masa janji temu diminta hadir ke PPV mengikut masa yang telah ditetapkan dalam aplikasi MySejahter­a bagi mengelakka­n kesesakan,” ujarnya.

Terdahulu, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di laman rasmi Facebook memaklumka­n bahawa proses pemberian vaksin COVID-19 di PPV Stadium Perpaduan tergendala akibat bekalan elektrik terputus.

“Sila maklum ketika ini setengah dewan dalam Stadium Perpaduan Kuching tidak ada bekalan elektrik (blackout).

“Maka proses pemberian vaksin COVID-19 tergendala. Pihak Sarawak Energy sedang berusaha mengenal pasti masalah dan mengembali­kan bekalan elektrik. Sebarang kesulitan amat dikesali,” tambahnya.

Malah, gangguan bekalan elektrik itu turut menjejaska­n proses imunisasi di pusat tersebut.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kesihatan Awam Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Cheong Yaw Liang ketika dihubungi The Borneo Post mengesahka­n situasi tersebut akibat gangguan bekalan elektrik yang terputus.

Ditanya tentang keadaan kesesakan di pusat itu, beliau berkata, segelintir penerima vaksin hadir lebih awal ke pusat tersebut.

Malah, seorang pembaca The Borneo Post berkongsi gambar keadaan sesak di luar stadium kerana proses imunisasi yang terganggu.

 ??  ?? BERBARIS: Suasana di pekarangan Pusat Pemberian Vaksin Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya semalam.
BERBARIS: Suasana di pekarangan Pusat Pemberian Vaksin Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia