Utusan Borneo (Sarawak)

SUNTIKAN VAKSIN ‘MOBILE’ MERANCAKKA­N PICK DI KAPIT • MUKA 7

Jadual lokasi PPV ‘mobile’ telah diedarkan kepada ketua masyarakat dan ketua kaum sejak minggu lalu

-

KUCHING: Daerah Kapit melaksanak­an suntikan vaksin COVID-19 secara ‘mobile’ bermula semalam (14 Jun) di lapan lokasi yang dilawati kumpulan pemvaksin.

Menurut satu kenyataan semalam, ia sekali gus merancakka­n lagi Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan itu.

“Selaras dengan hasrat kerajaan, program vaksinasi secara ‘mobile’ merupakan usaha Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JKPBB) Kapit dalam usaha memperheba­tkan lagi PICK daerah Kapit.

“Ini bagi memastikan imuniti kelompok dapat dicapai dalam kadar segera,” kata kenyataan itu.

Bagi memastikan kelancaran program tersebut, jadual lokasi PPV ‘mobile’ telah diedarkan kepada ketua masyarakat dan ketua kaum sejak minggu lalu.

Pemantauan dilakukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Balleh, Kapit yang merupakan salah satu lokasi PPV secara ‘mobile’ semalam.

Pihaknya mendapati penduduk setempat menyambut baik program tersebut dan tidak sabar untuk menerima suntikan vaksin masing-masing.

Seorang warga emas yang dikenali sebagai Munai Ajai berumur 75 tahun dari Rumah Bakar Pulau Pisang adalah antara individu yang terawal tiba di SK Lepong Balleh.

Beliau hadir untuk mendapat suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi program tersebut yang disifatkan beliau amat membantu penduduk rumah panjang dan kawasan sekitar di situ.

“Serba sedikit ia berjaya memudahkan penduduk kawasan ini untuk mendapatka­n suntikan vaksin tanpa perlu melalui perjalanan yang jauh ke bandar Kapit,” ujar beliau.

Sementara itu, Balai Berasa, 42, yang juga merupakan seorang penerima berkata program itu yang ditunggu-tunggu pihaknya berikutan sudah lama menunggu selepas membuat pendaftara­n di MySejahter­a dulu.

“Pendekatan Kerajaan Sarawak yang membenarka­n rakyatnya disuntik terlebih dahulu dan berdaftar kemudian memudahkan para penerima vaksin berkenaan di kawasan luar bandar,” tegasnya.

Di sini sukar untuk mendapat capaian jalur lebar atau Internet dan alat komunikasi lain, kata Balai lagi.

Pihak Pejabat Kesihatan Negeri pada masa yang sama turut memohon kepada individu yang bakal hadir ke PPV agar membawa kad pengenalan dan kad kesihatan mereka bagi semakan sebelum divaksin.

Penerima vaksin juga dinasihati terus mengamalka­n posedur operasista­ndard(SOP)norma baharu dalam memutuskan rantaian COVID-19.

Semalam juga, suntikan vaksin secara ‘mobile’

“Selaras

dengan hasrat kerajaan, program vaksinasi secara ‘mobile’ merupakan usaha Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JKPBB) Kapit dalam usaha memperheba­tkan lagi

PICK daerah Kapit.

JKPBB Kapit

turut di adakan di beberapa lokasi lain iaitu Kampung Kemarau, Kampung Sawang , SK Nanga Ibau, Sk Melipis, SK Mujong, SK Tuno, SK Oyan Tengah.

 ??  ??
 ?? — Gambar Ihsan Penerangan ?? TEMPAT VAKSIN : Suasana di salah satu lokasi PPV ‘Mobile’ SK Lepong Balleh di Kapit semalam.
— Gambar Ihsan Penerangan TEMPAT VAKSIN : Suasana di salah satu lokasi PPV ‘Mobile’ SK Lepong Balleh di Kapit semalam.
 ?? — Gambar Ihsan Penerangan ?? PENERANGAN: Munai Ajai sedang diberi penerangan oleh pegawai perubatan.
— Gambar Ihsan Penerangan PENERANGAN: Munai Ajai sedang diberi penerangan oleh pegawai perubatan.
 ??  ?? BALAI BERASA
BALAI BERASA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia