Utusan Borneo (Sarawak)

12 maut dalam letupan gas di China

Sebatang saluran paip gas meletup di sebuah kawasan kediaman di wilayah Hubei

-

BEIJING: Sekurangku­rangnya 12 orang terkorban dan hampir 140 orang lagi tercedera apabila sebatang saluran paip gas meletup di sebuah kawasan kediaman di tengah China di wilayah Hubei pada Ahad lepas, menurut pegawai tempatan.

Beberapa pekerja penyelamat tidak pasti berapa ramai lagi yang masih terperangk­ap di bawah runtuhan, menurut satu kenyataan dari biro pengurusan bencana di bandar Shiyan.

Beberapa video yang dirakamkan oleh saksi dan disahkan oleh Beijing News menunjukka­n beberapa buah bangunan telah menjadi runtuhan dan anggota penyelamat membawa mangsa yang terselamat dalam keadaan terkejut dengan menggunaka­n pengusung.

Letupan berlaku di sebuah pasar sayur yang dipenuhi dengan pembeli dan orang awam yang menikmati sarapan pagi, seorang saksi memberitah­u Global Times.

“Saya mendengar satu letupan yang kuat dan segera berlindung di bawah meja, memikirkan ia adalah satu gempa bumi,” seorang lelaki yang memiliki sebuah restoran kecil berhampira­n dengan kawasan letupan memberitah­u akhbar.

Pihak penyiaran negara CCTV menunjukka­n rakaman bangunan dengan dinding yang hangus dan tingkap pecah.

Anggota penyelamat dilihat mengangkat konkrit besar bagi mengeluark­an mereka yang terperangk­ap di bawahnya.

Letupan berlaku di sebuah bangunan dua tingkat yang pada mulanya menempatka­n pengeluar rangka kenderaan.

Beberapa orang mangsa terselamat memberitah­u media tempatan bahawa saluran paip gas telah mengalami kerosakan tanpa dibaiki selepas kilang tersebut dipindahka­n pada tahun lepas.

“Pada Mac, para pekerja dari syarikat gas datang dan menanyakan sama ada saya ada menghidu bau gas,” seorang mangsa terselamat yang memiliki sebuah gerai di pasar memberitah­u laman sesawang tempatan Health Times.

“Selepas bertanyaka­n kepada orang di sekeliling, mereka terus pergi.”

Letupan berlaku pada kirakira jam 6.30 pagi waktu tempatan dan satu siasatan sedang dilakukan bagi menentukan punca letupan, menurut kenyataan tersebut.

Kira-kira 900 penduduk di kawasan itu telah dipindahka­n ketika bangunan di sekitarnya mungkin telah mengalami kerosakan akibat letupan, menurut kerajaan bandar. Kira-kira 2,000 pekerja penyelamat telah dikerahkan ke kawasan tersebut

Gambar yang disahkan oleh Health Times menunjukka­n seorang anggota bomba yang turut tercedera dan sebuah trak bombamenga­lami kerosakan akibat satu letupan kedua yang lebih kecil.

Mangsa yang mengalami kecederaan teruk telah dibawa dengan helikopter ke hospital yang lebih besar. Agensi berita negara Xinhua menyatakan jumlah mangsa yang cedera serius seramai 37 orang.

Barisan panjang anggota sukarelawa­n telah dilihat di luar bank darah ketika beberapa buah hospital mengeluark­an panggilan untuk penderma.

Kementeria­n Pengurusan Kecemasan turut menghantar satu pasukan bagi membantu dalam operasi menyelamat.

Dalam satu tindakan yang jarang dilakukan, Presiden China Xi Jinping mengeluark­an satu kenyataan menggesa pihak berkuasa tempatan agar “mempelajar­i pengajaran jelas daripada insiden tersebut” dan menggandak­an usaha bagi mencegah insiden sebegitu lagi.

“Semua wilayah dan jabatan yang berkaitan harus mendapat pengajaran dari satu sama lain... menyiasat beberapa bahaya keselamata­n dan mencegah kejadian besar,” jelas beliau.

“Mereka yang bertanggun­gjawab harus ditahan,” Xinhua memetik beliau sebagai berkata.

Kemalangan perindustr­ian adalah biasa di China disebabkan oleh tahap keselamata­n yang lemah dan rasuah dalam kalangan pegawai yang ditugaskan bagi menguatkua­sakannya.

Letupan berlaku sehari selepas lapan orang terkorban dan tiga orang lagi tercedera ketika toksik ‘methyl formate’ bocor dari sebuah fasiliti pengurusan bahan kimia di bandar barat daya Guiyang.

Satu letupan besar pada 2015 di sebuah gudang bahan kimia di bandar pelabuhan Tianjin membunuh 173 orang dalam salah satu daripada kemalangan perindustr­ian terburuk di China sejak beberapa tahun lepas.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MISI MENYELAMAT: Pekerja menyelamat mencari mangsa letupan saluran paip yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederak­an hampir 140 orang di Shiyan, tengah China, kelmarin.
— Gambar AFP MISI MENYELAMAT: Pekerja menyelamat mencari mangsa letupan saluran paip yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederak­an hampir 140 orang di Shiyan, tengah China, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia