Utusan Borneo (Sarawak)

Bill Murray, Anne Frank penuhi senarai filem di Cannes

-

baharu dalam karier pelawak AS Bill Murray, sebuah filem tentang persembaha­n kolaborasi dengan pemain selo Jerman, adalah antara penambahan dalam senarai filem yang akan ditayangka­n di Festival Filem Cannes. Murray, membawa karier yang sukar

diramal dalam sejarah filem, berganding dengan pemain selo Jan Vogler pada 2017 dalam beberapa persembaha­n teater AS.

Ia kemudianny­a menjadi filem konsert, ‘New Worlds, the Cradle of a Civilizati­on’ akan menjadi penampilan istimewa festival tersebut, yang telah tertunda dari slot asal ke 6-17 Julai.

Juga membuat penampilan di luar pertanding­an rasmi ialah animasi terkini daripada Ari Folman, pengarah Israel filem ‘Waltz with Bashir’ yang telah menggegark­an Cannes pada 2008.

Filem terkini Folman, ‘Where is Anne Frank?’ melewati perjalanan Kitty, rakan imaginasi daripada diari zaman kanakkanak Frank ketika zaman perang Nazi di Amsterdam.

Gaspar Noe juga bakal kembali ke Cannes, di mana filem transgresi­f beliau, daripada filem ‘Climax’ dan ‘Love’, menjadikan beliau tetamu penting di majlis besar filem itu.

Filem terkini Noe, ‘Vortex’, dibintangi seorang lagi mahaguru wayang, pengarah Itali Dario Argento, dan bakal ditayangka­n di seksyen baharu Perdana Cannes di festival tersebut.

Senarai pendek filem tahun ini diikuti dengan filem yang dibatalkan tahun lepas.

Pilihan rasmi telah diumumkan baru-baru ini, dengan 24 filem daripada nama-nama terkenal seperti Wes Anderson, Nanni Moretti dan Sean Penn, bertanding untuk Palme d’Or dan untuk menambat hati barisan juri yang diketuai Spike Lee.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KETUA JURI: Spike Lee mengetuai barisan juri yang akan bertanggun­gjawab memilih pemenang Palme d’Or.
— Gambar AFP KETUA JURI: Spike Lee mengetuai barisan juri yang akan bertanggun­gjawab memilih pemenang Palme d’Or.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia